Kaedah Saintifik

Langkah-langkah dalam kaedah saintifik

  1. Kaedah saintifik merupakan suatu pendekatan sistematik yang digunakan untuk mengkaji alam semulajadi.
    1. membuat pemerhatian: Mengumpul maklumat tentang sesuatu fenomena dengan menggunakan deria-deria kita.
    2. membuat Inferens: Membuat inferens ialah proses membuat kesimpulan awal yang munasabah,untuk menerangkan sesuatu peristiwa atau pemerhatian.
    3. Mengenal pasti pemboleh ubah: Pemboleh ubah adalah faktor yang mempengaruhi keputusan eksperimen. Tiga jenis pemboleh ubah yang dapat dikenal pasti ialah
      1. pemboleh ubah yang dimanipulasikan
      2. pemboleh ubah yang bergerak balas
      3. pemboleh ubah yang dimalarkan
    4. membuat hipotesis: Membuat hipotesis ialah proses membuat sesuatu pernyataan umum tentang hubungan antara pemboleh ubah yang dimanipulasikan dan pemboleh ubah yang bergerak balas untuk menerangkan sesuatu kejadian atau peristiwa.

Leave a Comment