Kimia, Kerjaya Kimia dan Industri Kimia

Maksud Kimia

  1. Kimia merupakan suatu cabang sains yang mengkaji jirim. Ia mengkaji tentang komposisi, struktur, sifat, dan perubahan-perubahan yang berlaku apabila bahan-bahan yang berlainan berinteraksi antara satu sama lain.
  2. Interaksi antara bahan-bahan kimia membolehkan manusia mensintesis pelhagai bahan yang baru.
  3. Perkataan `kimia’ berasal daripada kajian purba dengan nama alchemy.
  4. Walau bagaimanapun, dalam Bahasa Malaysia, perkataan kimia berasal daripada perkataan ‘al-kimiya’, iaitu perkataan Arab bagi alchemy.

Kerjaya Kimia

  1. Terdapat pelbagai kerjaya yang menggunakan pengetahuan ilmu kimia.
  2. Contoh kerjaya-kerjaya yang memerlukan pengetahuan kimia termasuk
    1. ahli kimia
    2. doktor
    3. ahli farmasi
    4. ahli geokimia
    5. ahli biokimia
    6. jurutera dan juruteknik kimia
    7. guru kimia
    8. ahli nutrisi
    9. ahli forensik

Industri Kimia

Berikut ialah contoh-contoh industri yang melibatkan pengetahuan kimia

  1. petrokimia
  2. industri plastik
  3. industri pembuatan ubat-ubatan
  4. industri besi waja
  5. industri bahan komposit
  6. industri getah
  7. industri makanan
  8. industri sabun dan detergen

 

Leave a Comment