Sejarah Perkembangan Model Atom

John Dalton

  1. Jirim adalah terdiri daripada zarah­zarah yang kecil, yang tidak boleh di­pecahkan lagi dan dipanggil atom.
  2. Atom tidak boleh dicipta atau dimus­nahkan.
  3. Atom bagi sesuatu unsur tertentu ada­lah sama kesemuanya dan berbeza da­ripada atom bagi unsur lain.
  4. Perpaduan kimia berlaku antara atom dalam angka bilangan yang kecil.

J.J. Thomson

  1. Pada tabun 1897, Joseph J. Thomson berjaya menemui suatu zarah yang lebih kecil dan bercas negatif yang dipanggil elektron.
  2. Beliau mendapati bahawa jisim elektron adalah kira-kira 2000 kali lebih ringan daripada atom hidrogen.
  3. J. Thomson kemudian mengemukakan model atomnya yang mencadangkan bahawa elektron-elektron bertabur di seluruh atom yang merupakan satu sfera yang bercas positif.

Ernest Rutherford

  1. Ahli sains berpendapat bahawa atom mesti mengandungi sejenis zarah kecil lain yang bercas positif untuk mengimbang cas negatif pada elektron supaya keseluruhan atom adalah neutral.
  2. Pada tahun 1911, Ernest Rutherford berjaya menemui zarah bercas positif yang dipanggil proton.
  3. Ernest Rutherford menjalankan satu eksperimen membedil sekeping logam nipis, iaitu kira-kira 4 x 10-1 cm tebalnya dengan sinar alfa yang terdiri daripada zarah-zarah positif. Beliau mendapati bahawa kebanyakan zarah alfa menembusi logam itu tanpa memesong, Sebilangan kecil zarah alfa dipesongkan, manakala sebahagian kecil lagi dipantul balik, seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 2.4.
  4. Berdasarkan keputusan eksperimen ini, Ernest Rutherford mengemukakan model atomnya yang menyatakan bahawa
    1. hampir semua jisim atom tertumpu dalam satu kawasan yang sangat kecil, berat, dan bercas positif, Kawasan kecil ini dipanggil nukleus.
    2. nukleus mengandungi proton sahaja.
    3. bilangan proton sama dengan bilangan elektron dalam atom.
    4. kebanyakan bahagian dalam atom merupakan ruang kosong.
    5. Electron-elektron bergerak dengan cepat mengelilingi pusat nukleus pada jarak yang berlainan.
  1. Walau bagaimanapun, masih terdapat kelemahan dalam model atom yang dikemukakan oleh Ernest Rutherford kerana jisim atom yang dihitung daripada model Rutherford kurang daripada jisim atom yang sebenar.

Sir James Chadwick

  1. Menjumpai suatu zarah kecil yang lain dalam nukleus selain proton. Jisim zarah ini hampir sama dengan proton, tetapi zarah ini adalah neutral (tidak bercas). Beliau menamakan zarah ini neutron. Beliau mendapati bahawa semua nukleus mengandungi neutron dan proton kecuali nukleus hidrogen yang mempunyai proton sahaja.
  2. Pada tahun 1913, seorang ahli fizik Denmark yang bernama Neils Bohr memperbaiki model atom Rutherford.
  3. Model atom yang diperbaiki oleh Neils Bohr mencadangkan bahawa
    1. Electron-elektron bergerak mengelilingi nukleus dalam orbit-orbit tertentu.
    2. setiap orbit bedarak tetap dari nukleus dan berbentuk bulatan supaya jarak suatu elektron tertentu dari nukleus adalah sentiasa tetap.
    3. Model atom Neils Bohr masih tidak sempurna. Kajian seterusnya oleh ahli-ahli sains telah berjaya memperbaiki model itu dan menghasilkan model atom yang digunakan sekarang.

Leave a Comment