Unsur-unsur Kumpulan 18

  1. Unsur-unsur Kumpulan 18 dikenali sebapi gas adi atau gas nadir.
  2. Unsur-unsur Kumpulan 18 terdiri daripada helium, neon, argon, kripton, xenon dan radon.
Sifat-sifat Fizik Unsur-unsur Kumpulan 18
  1. Unsur-unsur Kumpulan 18 atau gas-gas adi
    1. mempunyai takat lebur dan takat didih yang rendah
    2. wujud sebagai gas tanpa warna pada suhu bilik
    3. adalah konduktor haba yang lemah
    4. tidak mengkonduksikan tenaga elektrik
    5. tidak larut dalam air
    6. mempunyai ketumpatan yang rendah
  2. Sifat fizik unsur Kumpulan 18 berubah secara beransur-ansur apabila menuruni kumpulan. Ini adalah kerana saiz atom semakin bertambah apabila menuruni kumpulan.
  3. Ketumpatan unsur semakin bertambah apabila menuruni kumpulan. Ini adalah disebabkan pertambahan jisim atom lebih banyak berbanding dengan pertambahan jejari atom (isi padu atom).
  4. Takat didih dan takat lebur gas adi meningkat semakin menuruni kumpulan kerana
    1. jejari atom semakin besar
    2. daya tarikan (daya van der Waals’) antara atom yang berdekatan semakin kuat.

    Oleh itu, lebih banyak tenaga haba diperlukan untuk mengatasi daya tarikan yang kuat antara atom-atom semasa peleburan atau pendidihan.

Sifat Kimia Unsur-unsur Kumpulan 18
  1. Gas adi adalah lengai iaitu is tidak Naiad secara kimia. Gas adi tidak bertindak balas dengan unsur-unsur yang lain.
  2. Gas adi wujud sebagai monatom.
  3. Gas adi adalah lengai kerana petala elektron terluarnya telah diisi penuh dengan elektron. Maka
    1. ianya telah mencapai susunan elektron yang
    2. Helium mempunyai genap dua elektron dalam petala elektron yang pertama.
    3. Ia telah mencapai susunan elektron duplet yang stabil.
    4. Gas adi yang lain mempunyai lapan elektron dalam petala elektron terluamya.
    5. Mereka telah mencapai susunan elektron oktet yang stabil.
  4. Maka gas adi tidak perlu menerima, menderma atau berkongsi elektron dengan unsur-unsur yang lain dan wujud sebagai monotom. (Semua tindak balas kimia melibatkan sama ada penerimaan, pendermaan atau perkongsian elektron di antara unsur-unsur).

 

Leave a Comment