Sifat-sifat Kimia Unsur-unsur Kumpulan 1

  1. Semua atom dalam unsur-unsur Kumpulan 1 mengandungi 1 elektron di petala terluar masing­masing.
  2. Dalam tindaktindak balas kimia, elektron ini didermakan dan atom menjadi ion.

M → M+ + e

  1. Disebabkan oleh kecenderungan yang kuat untuk menderma elektron tunggal itu, logam-logam alkali merupakan agen-agen penurun yang kuat.
  2. Kereaktifan logam-logam dan kekuatan mereka sebagai agen-agen penurun bertambah ke bawah kumpulan.
Tindak Balas Dengan Gas Klorin

  1. Tindak balas logam-logam alkali dengan gas klorin. Bila suatu logam alkali (contoh K, Na) dipanaskan dan dimasukkan ke dalam sebuah balang gas berisi gas klorin, ia terbakar dengan menghasilkan nyalaan untuk membentuk satu pepejal ion berwarna putih, klorida logam.
    2K(p) + Cl2 (g) → 2KCl(p)
    2Na(p) + Cl2 (g) → 2NaCl(p)
    2 Li(p) + Cl2 (g) → 2 LiCl(p)
  2. Dalam setiap kes, hasil tindak balas ialah sebatian ion klorida yang menunjukkan sifat-sifat umum sebatian-sebatian ion.
  3. Kereaktifan berkurangan dalam tertiban: K; Na; Li.
Tindak Balas Dengan Oksigen

  1. Tindakan logam-logam alkali dengan gas oksigen. Bila suatu logam alkali dibakar dalam udara, ia berpadu dengan oksigen dengan cergasnya untuk membentuk oksida-oksida bes yang larut. Oksida-oksida bes ini melarut dalam air membentuk alkali.
  2. Kereaktifan berkurangan dalam tertiban: K; Na; Li.
Tindak Balas Dengan Air

  1. Logam alkali bertindak balas cergas dengan air untuk menghasilkan larutan alkali yang tidak berwarna dan membebaskan gas hidrogen.
    2Li + 2H2O → 2LiOH + H2
    2Na + 2H2O → 2NaOH + H2
    2K + 2H2O → 2KOH + H2
  1. Larutan alkali yang terhasil ialah larutan hidroksida logam.
  2. Litium bertindak balas paling kurang cergas dan paling perlahan dengan air. Kalium bertindak balas paling cergas dan paling cepat dengan air.
  3. Kereaktifan logam bertambah apabila menuruni Kumpulan 1.
  4. Logam-logam Kumpulan 1 menunjukkan sifat kimia yang sama.
  5. Kereaktifan unsur Kumpulan 1 semakin bertambah apabila menuruni kumpulan.
Mengapa Kereaktifan Unsur-unsur Kumpulan 1 Bertambah Apabila Menuruni Kumpulan?

Keelektropositifan logam semakin bertambah apabila menuruni kumpulan. Keelektropositifan adalah suatu ukuran kecenderungan sesuatu atom logam kehilangan (membebas) elektron dan membentuk ion bercas positif.

Apabila menuruni kumpulan jejari atom bertambah besar. Maka daya tarikan di antara proton dalam nukleus dan satu elektron valens menjadi semakin lemah. Maka unsur di bawah kumpulan lebih cenderung kehilangan satu elektron valensnya dan membentuk ion unipositif.

Langkah keselamatan dalam pengendalian unsur Kumpulan 1
  1. Semua logam alkali adalah sangat reaktif.
  2. logam-logam alkali mesti disimpan dalam minyak parafin atau kerosin untuk mengelakkannya daripada terdedah kepada air dan oksigen.
  3. Langkah keselamatan lain semasa mengendalikan logam-logam alkali termasuk:
    1. Memakai cermin mata keselamatan
    2. Memakai sarung tangan
    3. Penggunaan logam dalam kuantiti yang kecil
    4. Pengendalian logam dengan menggunakan penyepit dan bukannya tangan

Leave a Comment