Unsur-unsur Kumpulan 1

  1. Unsur-unsur Kumpulan 1 dikenali sebagai logam alkali kerana unsur-unsur ini bertindak balas dengan air untuk membentuk larutan beralkali.
  2. Unsur-unsur kumpulan 1 mengikut susunan dari atas ke bawah ialah Litium, (Li), Natrium (Na), Kalium (K), Rubidium (Rb), Sesium (Cs), dan Fransium (Fr).
Sifat-sifat Fizik
  1. Secara umumnya, unsur-unsur Kumpulan 1 menunjukkan sifat-sifat fizik yang serupa:
    1. Unsur-unsur kumpulan 1 mempunyai permukaan keperakan yang berkilat pada suhu bilik.
    2. Unsur-unsur kumpulan 1 adalah logam lembut dan boleh dipotong oleh pisau.
    3. Unsur-unsur kumpulan 1 mempunyai takat lebur dan takat didih yang agak rendah (berbanding logam-logam lain).
    4. Unsur-unsur kumpulan 1 ini mempunyai ketumpatan yang rendah (lebih rendah daripada air) dan mengapung atas permukaan air.
    5. Unsur-unsur ini adalah konduktor haba dan elektrik yang baik.
  2. Beberapa sifat fizik logam alkali berubah secara beransur-ansur dari atas ke bawah Kumpulan I seperti berikut:
    1. ketumpatan bertambah dengan bertambahnya jisim atom.
    2. takat lebur berkurangan; dengan penambahan saiz atom, pengikatan logam yang mengikat atom-atom bersama, berkurangan.
    3. saiz atom-atom bertambah dengan bertambahnya bilangan petala elektron yang terbina.
    4. keelektropositifan bertambah, iaitu dengan bertambahnya saiz atom, elektron yang terluar sekali lebih mudah lagi didermakan oleh atom untuk menjadi ion positif M+. Kereaktifan akan bertambah ke bawah kumpulan.
  3. Semua logam-logam alkali mempunyai pengikatan logam; mereka adalah konduktor haba dan elektrik yang baik. Mereka berkilau akan tetapi adalah logam-logam lembut.

 

Leave a Comment