Kestabilan Gas Adi

  1. Unsur-unsur dalam Kumpulan 18 mempunyai 2 atau 8 elektron dalam petala-petala yang terluar sekali. Oleh kerana petala-petala luarnya telah diisi sepenuhnya dengan elektron, atom gas adi sukar untuk menerima, menyingkirkan atau berkongsi elektron dengan atom lain.
  2. Suatu atom helium mempunyai dua elektron pada petala tunggalnya. Ini dikenali sebagai duplet. Oleh kerana petala pertama hanya boleh diisi oleh 2 elektron, maka petala valensnya dianggap penuh.
  3. Atom neon, argon, dan gas adi yang lain mempunyai 8 elektron pada petala terluar masing-masing. Ini dikenali sebagai oktet.
  4. Ahli-ahli kimia dapati bahawa gas adi adalah sangat stabil. Atom-atom gas adi tidak bergabung antara satu sama lain atau dengan unsur lain untuk membentuk sebatian. Mereka juga dapati bahawa kestabilan gas adi ada hubungkait dengan susunan elektronnya yang merupakan duplet atau oktet.
  5. Oleh kerana atom-atom gas adi tidak bergabung dengan atom lain, maka ia wujud sebagai gas monatom.
Unsur-unsur Kumplulan 18 Susunan Elektron
Helium, He 2
Neon, N 2.8
Argon, Ar 2.8.8
Kripton, Kr 2.8. 18.8
Xenon, Xe 2.8. 18. 18.8
Radon, Rn 2.8.18.32.18.8
  1. Atom-atom dengan susunan elektron oktet atau elektron duplet adalah sangat stabil. Atom-atom unsur lain yang mempunyai kurang daripada lapan elektron valens berkecenderungan untuk mencapai susunan elektron oktet atau elektron duplet yang stabil melalui pembentukan ikatan kimia.

Leave a Comment