Kegunaan Sebatian Kovalen Sebagai Pelarut Dalam Kehidupan Harian

Air Sebagai Pelarut

  1. Air boleh melarutkan kebanyakan sebatian. Oleh itu, ia dikenali sebagai pelarut semesta.
  2. Air merupakan pelarut dwikutub yang boleh melarutkan kebanyakan sebatian ion.
  3. Bagaimanapun, kebanyakan sebatian kovalen tidak larut dalam air, tetapi larut dalam pelarut organik.

Pelarut Organik

  1. Sebatian kovalen mempunyai takat lebur dan takat didih yang rendah. Oleh itu, banyak sebatian kovalen wujud sebagai cecair pada suhu bilik.
  2. Cecair-cecair ini boleh digunakan sebagai pelarut organik. Pelarut organik ini terdiri daripada molekul-molekul ringkas yang biasanya mudah meruap.
  3. Secara umum, pelarut organik digunakan untuk
    1. membersih atau menanggalkan kekotoran yang tidak dapat dibersihkan oleh air,
    2. pengekstrakan sebatian organik,
    3. menyediakan larutan untuk bahan-bahan yang tidak melarut dalam air.
  4. Berikut ialah pelarut organik yang biasa digunakan dalam kehidupan harian.
Alkohol
  1. Penyediaan larutan perubatan dan varnis,
  2. pelarut minyak wangi dan kosmetik
  3. Pelarut untuk membuat dakwat dan pewarna
  4. Sebagai antiseptic untuk merawat luka.
Turpentin
  1. Pelarut cat
  2. penyediaan bahan varnis seperti syelek dan laker.
Petrol dan kerosin

Sebagai pelarut untuk membersihkan kesan gris atau kotoran berminyak

Klorofluorokarbon (CFC):

membersihkan litar papan komputer

Aseton (propanon):

Pelarut bagi cat, syelek dan laker

Eter
  1. Pelarut untuk membuat dakwat dan pewarna
  2. Pengekstrakan bahan kimia tertentu

Pengendalian Pelarut Organik

  1. Kebanyakan pelarut organik adalah bahan mudah terbakar dan wapnya.
  2. Biasanya pelarut organik adalah mudah meruap dan wap yang dikeluarkan adalah bertoksik.
  3. Selain daripada itu, pelarut seperti klorofluorokarbon (CFC) boleh menipiskan lapisan ozon. Lapisan ozon ialah lapisan udara yang melindungi bumi daripada sinaran ultraungu.
  4. Oleh itu, pelarut organik perlu dikendalikan dengan berhati-hati supaya tidak membawa padah kepada penggunanya.

 

Leave a Comment