Meramalkan Formula Molekul Kovalen

Meramalkan Formula Sebatian Kovalen Sebatian kovalen terbentuk daripada gabungan unsur-unsur bukan logam. Formula molekul kovalen dapat ditentukan dengan mencari nisbah valensi bagi unsur-unsur bukan logam dalam sebatian itu. Valensi bagi bukan logam ialah bilangan elektron yang diperlukan untuk mencapai susunan elektron duplet atau elektron oktet. Contohnya Unsur-unsur kumpulan 14 mempunyai 4 elektron valens, maka ia … Read more

Ikatan Kovalen

Unsur-unsur bukan logam mempunyai keelektronegatifan yang tinggi. Oleh itu, apabila bukan logam berpadu dengan bukan logam, konfigurasi elektron gas adi hanya dapat dicapai jika atom-atom berpadu secara berkongsi elektron. Ikatan kovalen terbentuk apabila atom-atom bukan logam berkongsi elektron untuk mencapai susunan elektron duplet atau elektron oktet yang stabil. Unsur-unsur bukan logam termasuk unsur-unsur Kumpulan 15, … Read more

Ikatan Ion

Atom logam membentuk ion positif (kation) dengan menyingkirkan elektron untuk mencapai konfigurasi elektron atom gas adi. Atom hidrogen juga boleh membentuk ion positif dengan menyingkirkan elektron tunggalnya. Atom bukan logam membentuk ion negatif (anion) dengan menerima elektron untuk mencapai konfigurasi elektron atom gas adi. Ion positif dan ion negatif terikat oleh suatu daya tarikan yang … Read more

Pembentukan Ion

Atom adalah neutral kerana bilangan proton adalah sama dengan bilangan elektron. Ion ialah zarah-zarah yang membawa cas Contohnya Na+, O2-, NO3–. Ion terbentuk apabila satu atom melepaskan elektron atau menerima elektron. Hampir semua logam mempunyai 1, 2 dan 3 elektron di petala terluar masing masing. Dalam tindak balas kimia, atom-atom logam cenderung untuk menderma semua elektron … Read more

Pembentukan Ikatan Kimia

Semua unsur-unsur bukan gas adi mempunyai susunan elektron yang kurang stabil kerana petala terluar unsur-unsur ini tidak mempunyai susunan elektron duplet atau oktet. Berikut adalah contoh beberapa unsur bukan gas adi serta susunan elektronnya. Natrium 2.8.1 Magnesium 2.8.2 Aluminium 2.8.3 Oksigen 2.6 Klorin 2.8.7 Atom-atom unsur di dalam jadual di atas adalah kurang stabil (kerana … Read more

Kestabilan Gas Adi

Unsur-unsur dalam Kumpulan 18 mempunyai 2 atau 8 elektron dalam petala-petala yang terluar sekali. Oleh kerana petala-petala luarnya telah diisi sepenuhnya dengan elektron, atom gas adi sukar untuk menerima, menyingkirkan atau berkongsi elektron dengan atom lain. Suatu atom helium mempunyai dua elektron pada petala tunggalnya. Ini dikenali sebagai duplet. Oleh kerana petala pertama hanya boleh … Read more

Unsur-unsur Peralihan

Unsur-unsur peralihan dijumpai di bahagian tengah Jadual Berkala, terletak antara Kumpulan 2 dengan 13. Sifat-sifat unsur peralihan Saiz atom merentas kala: saiz atom bagi unsur-unsur peralihan dalam Kala yang sama adalah lebih kurang sama. Semua unsur peralihan ialah logam dan mempunyai sifat-sifat seperti berikut: pepejal dengan permukaan yang berkilat. takat lebur dan takat didih yang … Read more

Unsur-unsur dalam Kala

Turus-turus mendatar dikenali sebagai Kala. Ada tujuh kala kesemuanya. Tiga kala yang pertama adalah kala-kala pendek. Kala 1 mengandungi 2 unsur. Kala 2 dan 3 mengandungi 8 unsur tiap-tiap satunya. Kala 4 dan 5 terdiri dari 18 unsur dan kala 6, 32 unsur. (Ini adalah kala-kala panjang). Apabila merentasi suatu kala dalam Jadual Berkala, terdapat … Read more

Sifat kimia unsur Kumpulan 17

Unsur unsur kumpulan 17 ialah unsur-unsur bukan logam yang sangat reaktif. Unsur-unsur Kumpulan 17 mempunyai sifat kimia yang sama kerana mempunyai bilangan elektron valens yang sama, iaitu 7 elektron di petala terluar. Bagaimanapun, kereaktifan setiap unsur ini adalah berbeza. Semasa tindak balas kimia, atom unsur Kumpulan 17 akan menerima satu elektron untuk mencapai susunan elektron … Read more

Unsur-unsur Kumpulan 17

Unsur-unsur Kumpulan 17 dalam Jadual Berkala dikenali sebagai halogen. Ahli-ahli mengikut susunan ke bawah kumpulan ialah Florin (F), Klorin (Cl), Bromin (Br), lodin (I) dan Astatin (At). Halogen adalah unsur-unsur bukan logam. Molekul-molekul diikat secara kovalen dan tertarik antara satu sama lain oleh daya-daya antara molekul yang lemah. Sifat-sifat Fizik Unsur-unsur Kumpulan 17 Di bawah … Read more