Langkah-langkah dalam kaedah saintifik
- Kaedah saintifik merupakan suatu pendekatan sistematik yang digunakan untuk mengkaji alam semulajadi.
- membuat pemerhatian: Mengumpul maklumat tentang sesuatu fenomena dengan menggunakan deria-deria kita.
- membuat Inferens: Membuat inferens ialah proses membuat kesimpulan awal yang munasabah,untuk menerangkan sesuatu peristiwa atau pemerhatian.
- Mengenal pasti pemboleh ubah: Pemboleh ubah adalah faktor yang mempengaruhi keputusan eksperimen. Tiga jenis pemboleh ubah yang dapat dikenal pasti ialah
- pemboleh ubah yang dimanipulasikan
- pemboleh ubah yang bergerak balas
- pemboleh ubah yang dimalarkan
- membuat hipotesis: Membuat hipotesis ialah proses membuat sesuatu pernyataan umum tentang hubungan antara pemboleh ubah yang dimanipulasikan dan pemboleh ubah yang bergerak balas untuk menerangkan sesuatu kejadian atau peristiwa.