Ikatan Kovalen

  1. Unsur-unsur bukan logam mempunyai keelektronegatifan yang tinggi.
  2. Oleh itu, apabila bukan logam berpadu dengan bukan logam, konfigurasi elektron gas adi hanya dapat dicapai jika atom-atom berpadu secara berkongsi elektron.
  3. Ikatan kovalen terbentuk apabila atom-atom bukan logam berkongsi elektron untuk mencapai susunan elektron duplet atau elektron oktet yang stabil.
  4. Unsur-unsur bukan logam termasuk
    1. unsur-unsur Kumpulan 15, 16 dan 17 dalam Jadual Berkala.
    2. karbon dan silikon dari Kumpulan 14 dalam Jadual Berkala.
    3. hidrogen
  5. Molekul yang terbentuk dikenali sebagai molekul kovalen.
  6. Setiap pasangan elektron yang dikongsi dikenali sebagai satu ikatan kovalen.
  7. Semasa pembentukan molekul kovalen, atom-atom bukan logam yang berpadu akan menderma satu, dua, atau tiga elektron untuk dikongsi supaya mencapai konfigurasi elektron gas adi.
  8. Terdapat tiga jenis ikatan kovalen berdasarkan bilangan pasangan elektron yang dikongsi antara dua atom.
    1. ikatan tunggal – Apabila satu pasang elektron dikongsi antara dua atom.
    2. ikatan ganda dua – Apabila dua pasang elektron dikongsi antara dua atom.
    3. ikatan ganda tiga – Apabila tiga pasang elektron dikongsi antara dua atom.

Pembentukan Ikatan Tunggal

Pembentukan Molekul Florin, F2.
  1. Atom florin, F, mempunyai susunan elektron 2.7. Petala terluarnya kekurangan satu elektron untuk mencapai susunan elektron yang stabil.
  2. Untuk mencapai susunan elektron oktet yang stabil, setiap atom florin menyumbang satu elektron dari petala terluarnya untuk perkongsian. Satu ikatan kovalen tunggal terbentuk.
  3. Hakikatnya, satu pasang elektron dikongsikan antara 2 atom florin untuk menghasilkan satu molekul klorin, Cl2.
  4. Selepas berkongsi electron, setiap atom klorin mencapai susunan electron oktet.
Pembentukan Molekul Tetraklorometana
  1. Atom klorin, Cl, mempunyai susunan elektron 2.8.7 manakala atom karbon, C, mempunyai susunan elektron 2.4.
  2. Petala terluar atom klorin, Cl, kekurangan satu elektron manakala atom karbon, C, kekurangan empat elektron untuk mencapai susunan elektron yang stabil.
  3. Oleh itu, satu atom karbon, C, berkongsi elektron dengan empat atom klorin, seperti yang ditunjukkan dalam rajah di atas.
  4. Setiap atom klorin, Cl, mencapai susunan elektron 2.8.8. Atom karbon, C, pula mencapai susunan elektron 2.8.
  5. Setiap atom dalam molekul tetraklorometana, CCl4, mencapai susunan elektron yang stabil.
  6. Empat ikatan kovalen tunggal terbentuk.

Pembentukan Ikatan Kovalen Ganda Dua

  1. Ikatan kovalen ganda dua terbentuk melalui perkongsian dua pasang elektron antara dua atom bukan logam.
  2. Semasa pembentukan ikatan kovalen ganda dua, setiap menyumbangkan dua elektron untuk berkongsi untuk mencapai susunan elektron oktet yang stabil.
Pembentukan molekul oksigen, O2
  1. Atom oksigen mempunyai susunan elektron 2.6.
  2. Ia memerlukan dua lagi elektron valens untuk mencapai susunan elektron yang stabil (susunan elektron oktet).
  3. Oleh itu, dua atom oksigen, masing-masing menyumbangkan dua elektron valens untuk berkongsi.
  4. Akibatnya, kedua-dua elektron itu terikat secara kimia untuk membentuk molekul kovalen O2.
  5. Jenis ikatan ini dipanggil ikatan kovalen ganda dua.
  6. Struktur Lewis di bawah menunjukkan pembentukan molekul karbon dioksida.

Pembentukan molekul karbon dioksida, CO2.
  1. Atom karbon yang mempunyai susunan elektron 2.4. Iaitu, ia mempunyai empat elektron valens di petala terluar. Ia memerlukan empat lagi elektron untuk mencapai susunan elektron oktet yang stabil
  2. Atom oksigen pula mempunyai susunan elektron 2.6. Iaitu, ia mempunyai enam elektron valens. Ia memerlukan dua lagi elektron untuk mencapai susunan elektron oktet yang stabil.
  3. Bagi mencapai kestabilan, satu atom karbon menyumbangkan empat elektron valens dan dua atom oksigen, masing-masing menyumbangkan dua elektron valens untuk berkongsi.
  4. Akibatnya, satu atom karbon berkongsi elektron dengan dua atom oksigen untuk membentuk satu molekul karbon dioksida, CO2. Dua ikatan kovalen ganda dua terbentuk dalam satu molekul karbon dioksida.
  5. Molekul karbon dioksida adalah stabil kerana kesemua atom dalam molekul telah mencapai susunan elektron yang stabil.
  6. Struktur Lewis di bawah menunjukkan pembentukan molekul karbon dioksida.

Pembentukan ikatan kovalen ganda tiga

  1. Ikatan kovalen ganda tiga ialah jenis ikatan kovalen yang terbentuk melalui perkongsian tiga pasang elektron antara dua atom bukan logam.
  2. Contoh ikatan ganda tiga ialah ikatan yang terbentuk dalam molekul nitrogen, N2.
Pembentukan molekul nitrogen, N2.
  1. Setiap atom nitrogen yang mempunyai susunan elektron 2.5. Ia memerlukan tiga lagi elektron untuk memperoleh susunan oktet (2.8) yang stabil.
  2. Oleh itu, untuk mencapai susunan elektron yang stabil, dua atom nitrogen masing-masing menyumbangkan 3 elektron valens untuk berkongsi. Satu ikatan kovalen ganda tiga terbentuk dalam satu molekul nitrogen.
  3. Molekul nitrogen adalah stabil kerana setiap atom telah memperoleh susunan elektron yang stabil seperti gas adi.
  4. Pembentukan ikatan kovalen ganda tiga dalam molekul nitrogen boleh digambarkan dengan struktur Lewis seperti berikut.

1 thought on “Ikatan Kovalen

Leave a Comment