Jirim

Semua bahan terdiri daripada jirim. Jirim adalah bahan yang mempunyai jisim dan memenuhi ruang.

Teori zarah jirim

  1. Jirim ialah sebarang benda yang mempunyai jisim dan memenuhi ruang.
  2. Semua benda di sekeliling kita sama ada benda hidup atau benda bukan hidup ialah jirim.
  3. Teori zarah jirim menyatakan bahawa jirim terdiri daripada zarah-zarah halus yang diskrit.
  4. Zarah-zarah yang membina jirim mungkin ialah
    1. Atom
      Atom ialah zarah neutral yang paling kecil bagi suatu unsur dan boleh mengambil bahagian dalam tindak balas kimia.
    2. Molekul
      Atom berpadu secara kimia untuk membentuk zarah-zarah yang lebih besar yang dipatiggil molekul. Molekul ialah zarah neutral yang terdiri daripada dua atau lebih atom yang bergabung dalam kumpulan kecil dan boleh wujud bersendirian.
    3. Ion adalah zarah-zarah bercas yang terhasil daripada atom atau molekul dengan menerima atau kehilangan elektron. Ion bercas positif dipanggil kation, manakala ion bercas negatif dipanggil anion.
  5. Jirim dapat dikelaskan kepada dua kumpulan, iaitu
    1. Unsur
      Sesuatu unsur adalah satu bahan kimia yang tidak boleh dipecahkan kepada bahan kimia yang lebih ringkas, oleh sebarang kaedah fizikal atau kimia.
    2. Sebatian adalah satu bahan yang terdiri daripada dua atau lebih unsur-unsur yang ber­padu secara kimia antara satu sama lain.

Bukti-bukti Teori Zarah Jirim

Kewujudan zarah-zarah dalam jirim disokong oleh beberapa pemerhatian seperti berikut:

Resapan Gas
  1. Eksperimen resapan gas bromin untuk mengesahkan teori zarah jirim
    1. Setitik cecair bromin dimasukkan ke dalam sebuah balang gas. (Ini dilakukan dalam kebuk wasap kerana wap bromin beracun.)
    2. Balang gas itu ditutup dengan serta-merta.
    3. Selepas tempoh lima minit, dapat diperhatikan bahawa cecair bromin as hilang dan wap perang-kemerahan naik dari bahagian bawah ke bahagian
    4. atas balang gas secara perlahan-lahan sehingga seluruh balang gas dipenuhi dengan wap perang-kemerahan.
    5. Ini disebabkan cecair merah bromin telah mengewap menjadi wap perang-kemerahan. Wap bromin ini terdiri daripada molekul-molekul halus bromin, yang diskrit serta bergerak secara rawak dan merebak ke semua arah untuk memenuhi ruang-ruang kosong antara zarah-zarah udara.
    6. Oleh itu, molekul-molekul bromin merebak dari bahagian bawah balang gas yang berkepekatan tinggi ke bahagian alas balang gas yang berkepekatan rendah sehingga satu campuran seragam terbentuk.
    7. Walaupun wap bromin lebih tumpat daripada udara, perebakan wap bromin dari bawah ke alas balang gas masih berlaku.
    8. Pergerakan molekul-molekul bromin dalam udara ini disebut resapan.
    9. Berdasarkan keputusan eksperimen itu, dapat disimpulkan bahawa bromin terdiri daripada zarah-zarah halus yang diskrit. Ini membuktikan teori zarah jirim.

Resapan Dalam Cecair

  1. Peresapan tidak terhad kepada gas sahaja.
  2. Oleh kerana zarah-zarah cecair juga sentiasa bergerak, peresapan zarah dalam cecair juga boleh berlaku tetapi dengan kadar yang lebih perlahan.
  3. Eksperimen pergerakan zarah dalam cecair untuk mengesahkan teori zarah jirim
    1. Sebuah bikar 500 cm’ diisikan dengan air sehingga hampir penuh.
    2. Dengan bantuan sebatang penyedut minuman, dua atau tiga ketul kecil hablur kalium manganat(VII) dimasukkan melaluinya ke dalam air.
    3. Tanpa mengacau kandungan dalam bikar, penyedut minuman dikeluarkan secara perlahan-lahan. Biarkan beberapa jam.
    4. Dapat diperhatikan bahawa hablur kalium manganat(VII) terlarut dalam air selepas beberapa jam dan warna ungu naik dari bahagian bawah ke bahagian alas bikar secara perlahan-lahan sehingga seluruh air berwarna ungu.
    5. Ini disebabkan hablur kalium manganat(VII) terdiri daripada ion-ion kalium, dan ion-ion manganat(VII), Mn04 yang halus dan diskrit.
    6. Ion-ion manganat(VII) berwarna ungu. Ion-ion ini terpisah daripada pepejal kalium manganat(VII) dan bergerak secara rawak untuk memenuhi ruang antara zarah-zarah air sehingga seluruh air menjadi ungu.
    7. Berdasarkan keputusan eksperimen di atas, dapat disimpulkan bahawa kalium manganat(VII) terdiri daripada ion-ion (zarah-zarah) halus yang diskrit. Kesimpulan ini membuktikan teori zarah jirim.

Resapan dalam Pepejal

  1. Oleh kerana zarah-zarah dalam pepejal disusun dengan rapat, peresapan zarah­zarah lain dalam pepejal itu akan berlaku dengan amat perlahan.
  2. Namun pergerakan zarah dalam pepejal juga boleh digunakan sebagai bukti untuk menyokong teori zarah jirim.
  3. Eksperimen pergerakan zarah dalam pepejal untuk mengesahkan teori zarah jirim
    1. Larutan agar-agar (5%) yang panas dimasukkan ke dalam sebuah tabung uji sehingga hampir penuh.
    2. Agar-agar itu dibiarkan menyejuk dan memejal di atas rak.
    3. Kemudian seketul hablur kuprum(II) sulfat diletakkan di  alas agar-agar itu dan tabung uji ditutup dengan gabus.
    4. Tabung uji ini ditelangkupkan dan diapitkan pada kaki retort.
    5. Selepas dua hari, dapat diperhatikan bahawa warna biru merebak ke dalam agar-agar dari bawah ke alas tabung uji itu.
    6. Ini disebabkan hablur kuprum(II) sulfat terdiri daripada ion-ion kuprum(II), Cu2+ dan ion-ion sulfat, S042- yang halus dan diskrit. Ion-ion Cu2+ berwarna biru). Ion-ion ini terpisah daripada pepejal kuprum(II) sulfat dan bergerak dalam semua arch secara perlahan-lahan untuk memenuhi ruang antara zarah-zarah agar-agar. Oleh itu, ion-ion ini meresap melalui agar-agar sehingga warna birunya terus merebak ke atas.
    7. Berdasarkan keputusan eksperimen ini, dapat disimpulkan bahawa kuprum(II) sulfat terdiri daripada ion-ion (zarah-zarah) halus yang diskrit. Kesimpulan ini sekali lagi membuktikan teori zarah jirim.

Leave a Comment