Pembentukan Ikatan Kimia

  1. Semua unsur-unsur bukan gas adi mempunyai susunan elektron yang kurang stabil kerana petala terluar unsur-unsur ini tidak mempunyai susunan elektron duplet atau oktet.
  2. Berikut adalah contoh beberapa unsur bukan gas adi serta susunan elektronnya.
Natrium 2.8.1
Magnesium 2.8.2
Aluminium 2.8.3
Oksigen 2.6
Klorin 2.8.7
  1. Atom-atom unsur di dalam jadual di atas adalah kurang stabil (kerana bukan duplet atau octet).
  2. Atom-atom unsur yang kurang stabil ini akan bertindak balas dan membentuk ikatan kimia dengan atom-atom lain untuk mencapai susunan elektron yang stabil (susunan elektron oktet atau duplet).
  3. Atom-atom unsur ini boleh mencapai susunan elektron yang stabil dengan
    1. Menderma elektron yang berlebihan
    2. Menerima elektron dari atom lain jika kekurangan elektron untuk mencapai susunan elektron duplet atau oktet.
    3. Berkongsi electron.
  4. Dalam proses pencapaian susunan elektron yang stabil, atom-atom berpadu untuk menghasilkan satu sebatian yang stabil, ikatan-ikatan kimia akan terbentuk untuk menggabungkan atom-atom itu bersama.
  5. Terdapat dua jenis ikatan kimia, iaitu
    1. ikatan ion
    2. ikatan kovalen

 

Leave a Comment