Air Sebagai Pelarut
- Air boleh melarutkan kebanyakan sebatian. Oleh itu, ia dikenali sebagai pelarut semesta.
- Air merupakan pelarut dwikutub yang boleh melarutkan kebanyakan sebatian ion.
- Bagaimanapun, kebanyakan sebatian kovalen tidak larut dalam air, tetapi larut dalam pelarut organik.
Pelarut Organik
- Sebatian kovalen mempunyai takat lebur dan takat didih yang rendah. Oleh itu, banyak sebatian kovalen wujud sebagai cecair pada suhu bilik.
- Cecair-cecair ini boleh digunakan sebagai pelarut organik. Pelarut organik ini terdiri daripada molekul-molekul ringkas yang biasanya mudah meruap.
- Secara umum, pelarut organik digunakan untuk
- membersih atau menanggalkan kekotoran yang tidak dapat dibersihkan oleh air,
- pengekstrakan sebatian organik,
- menyediakan larutan untuk bahan-bahan yang tidak melarut dalam air.
- Berikut ialah pelarut organik yang biasa digunakan dalam kehidupan harian.
Alkohol
- Penyediaan larutan perubatan dan varnis,
- pelarut minyak wangi dan kosmetik
- Pelarut untuk membuat dakwat dan pewarna
- Sebagai antiseptic untuk merawat luka.
Turpentin
- Pelarut cat
- penyediaan bahan varnis seperti syelek dan laker.
Petrol dan kerosin
Sebagai pelarut untuk membersihkan kesan gris atau kotoran berminyak
Klorofluorokarbon (CFC):
membersihkan litar papan komputer
Aseton (propanon):
Pelarut bagi cat, syelek dan laker
Eter
- Pelarut untuk membuat dakwat dan pewarna
- Pengekstrakan bahan kimia tertentu
Pengendalian Pelarut Organik
- Kebanyakan pelarut organik adalah bahan mudah terbakar dan wapnya.
- Biasanya pelarut organik adalah mudah meruap dan wap yang dikeluarkan adalah bertoksik.
- Selain daripada itu, pelarut seperti klorofluorokarbon (CFC) boleh menipiskan lapisan ozon. Lapisan ozon ialah lapisan udara yang melindungi bumi daripada sinaran ultraungu.
- Oleh itu, pelarut organik perlu dikendalikan dengan berhati-hati supaya tidak membawa padah kepada penggunanya.