Maksud Kimia
- Kimia merupakan suatu cabang sains yang mengkaji jirim. Ia mengkaji tentang komposisi, struktur, sifat, dan perubahan-perubahan yang berlaku apabila bahan-bahan yang berlainan berinteraksi antara satu sama lain.
- Interaksi antara bahan-bahan kimia membolehkan manusia mensintesis pelhagai bahan yang baru.
- Perkataan `kimia’ berasal daripada kajian purba dengan nama alchemy.
- Walau bagaimanapun, dalam Bahasa Malaysia, perkataan kimia berasal daripada perkataan ‘al-kimiya’, iaitu perkataan Arab bagi alchemy.
Kerjaya Kimia
- Terdapat pelbagai kerjaya yang menggunakan pengetahuan ilmu kimia.
- Contoh kerjaya-kerjaya yang memerlukan pengetahuan kimia termasuk
- ahli kimia
- doktor
- ahli farmasi
- ahli geokimia
- ahli biokimia
- jurutera dan juruteknik kimia
- guru kimia
- ahli nutrisi
- ahli forensik
Industri Kimia
Berikut ialah contoh-contoh industri yang melibatkan pengetahuan kimia
- petrokimia
- industri plastik
- industri pembuatan ubat-ubatan
- industri besi waja
- industri bahan komposit
- industri getah
- industri makanan
- industri sabun dan detergen