- Kuantiti fizik ialah kuantiti yang boleh diukur. Contoh kuantiti fizik ialah masa, panjang, luas, halaju, berat, jisim dan sebagainya
- Suatu kuantiti fizik mempunyai dua bahagian iaitu magnitud dan unit.
- Semua kuantiti diukur dalam unit asas. Unit-unit asas ini adalah berdasarkan unit sistem Antarabangsa atau lebih dikenali sebagai unit SI.
- Terdapat dua jenis kuantiti fizik iaitu
- kuantiti asas
- kuantiti terbitan
Kuantiti Asas
- Kuantiti asas ialah kuantiti yang tidak boleh ditakrif dalam sebutan kuantiti kuantiti fizik yang lain.
- Jadual di bawah menunjukkan lima kuantiti asas dan unit SI masing-masing. Anda perlu menghafal kelima-lima kuantiti asas ini, bersama dengan unit dan simbol unitnya.
Kuantiti Terbitan
- Kuantiti terbitan ialah kuantiti fizik yang diterbitkan daripada pendarapan atau pembahagian kuantiti asas atau kedua-dua operasi itu.
- Contohnya laju ditakrifkan sebagai kadar perubahan jarak, iaitu laju sama dengan jarak/masa. Jarak dan masa ialah kuantiti asas manakala laju adalah kuantiti terbitan kerana ia adalah hasil bahagi di antara jarak dan masa.
(Kuantiti laju diterbitkan dengan membahagikan jarak oleh masa) - Jadual di bawah menunjukkan kuantiti terbitan yang anda perlu tahu dalam silibus SPM