Kuantiti Asas dan Kuantiti Terbitan

  1. Kuantiti fizik ialah kuantiti yang boleh diukur. Contoh kuantiti fizik ialah masa, panjang, luas, halaju, berat, jisim dan sebagainya
  2. Suatu kuantiti fizik mempunyai dua bahagian iaitu magnitud dan unit. 
  3. Semua kuantiti diukur dalam unit asas. Unit-unit asas ini adalah berdasarkan unit sistem Antarabangsa atau lebih dikenali sebagai unit SI.
  4. Terdapat dua jenis kuantiti fizik iaitu
    1. kuantiti asas
    2. kuantiti terbitan

Kuantiti Asas

  1. Kuantiti asas ialah kuantiti yang tidak boleh ditakrif dalam sebutan kuantiti kuantiti fizik yang lain.
  2. Jadual di bawah menunjukkan lima kuantiti asas dan unit SI masing-masing. Anda perlu menghafal kelima-lima kuantiti asas ini, bersama dengan unit dan simbol unitnya.

Kuantiti Terbitan

  1. Kuantiti terbitan ialah kuantiti fizik yang diterbitkan daripada pendarapan atau pembahagian kuantiti asas atau kedua-dua operasi itu.
  2. Contohnya laju ditakrifkan sebagai kadar perubahan jarak, iaitu laju sama dengan jarak/masa. Jarak dan masa ialah kuantiti asas manakala laju adalah kuantiti terbitan kerana ia adalah hasil bahagi di antara jarak dan masa.

    (Kuantiti laju diterbitkan dengan membahagikan jarak oleh masa)
  3. Jadual di bawah menunjukkan kuantiti terbitan yang anda perlu tahu dalam silibus SPM

Ringkasan

Leave a Comment