Pemilihan Nyacas – Kepekatan Ion Dalam Elektrolit

  1. Kepekatan ion dalam suatu larutan elektrolit juga mempengaruhi pemilihan ion untuk dinyahcas semasa elektrolisis.
  2. Jika kepekatan suatu ion di dalam larutan elektrolit adalah lebih tinggi, ion itu akan dipilih untuk dinyahcas walaupun kedudukannya di siri elektrokimia adalah lebih tinggi berbanding dengan ion-ion lain yang hadir di dalam elektrolit.
  3. Contohnya, jika kepekatan ion bromida, Br, adalah lebih tinggi daripada ion hidroksida, OH-, dalam larutan elektrolit, ion bromida, Brakan dipilih untuk dinyahcas walaupun kedudukannya lebih tinggi daripada ion H+ dalam siri elektrokimia.
  4. Bagaimanapun, jika kedudukan kedua-dua ion adalah jauh antara satu sama lain dalam siri elektrokimia, faktor kepekatan menjadi tidak penting.
  5. Contohnya, dalam larutan natrium klorida pekat, walaupun kepekatan ion natrium, Na+, adalah lebih tinggi daripada ion hidrogen, H+, ion H+ tetap akan dipilih untuk dinyahcas kerana kedudukannya lebih rendah daripada ion Na+ dalam siri elektrokimia.

Elektrolisis Kalium Iodida 0.01M

  1. Rajah di atas menunjukkan alat radas digunakan untuk elektrolisis larutan kalium iodida.
  2. Elektrolit yang digunakan ialah larutan kalium iodide cair, dan elektrod yang digunakan ialah karbon.
Ion-ion yang hadir:

Larutan kalium iodida mengandungi ion-ion kalium dan ion-ion iodida.

KI → K+ + I

Molekul air juga mengurai secara separa di dalam air untuk menbentuk ion hydrogen (H+) dan hidroksida (OH).

H2O → H+ + OH

Oleh itu, ion-ion yang hadir di dalam asid sulfuric cair ialah ion-ion K+, H+, OH dan I.

Pemerhatian dan Inferens

Di Katod:

Pemerhatian:

Gelembung-gelembung gas yang tidak berwarna terbentuk. Apabila kayu uji menyala didekatkan ke mulut tabung uji gas, bunyi ‘pop’ terhasil.

Inferens

Gas hidrogen dihasilkan di katod

 

Di Anod

Pemerhatian:

Gelembung-gelembung gas yang tidak berwarna terbebas. Gas ini menyalakan kayu uji berbara.

Inferens

Gas oksigen dihasilkan di anod

Penerangan

Pilihan Nyahcas di Katod

  1. Ion-ion H+ dan K+ ditarik ke katod (elektrod negatif).
  2. Di katod, ion-ion H+ dipilih untuk dinyacas kerana ia berada dikedudukan yang lebih rendah dalam siri elektrokimia berbanding dengan ion kalium.
  3. Ion-ion hidrogen menerima elektron dan membentuk atom-atom hidrogen, seterusnya membentuk molekul-molekul hidrogen.

H+ + 2e → H2

Pilihan Nyahcas di Anod

  1. Kedua-dua ion OH dan I yang bercas negatif ditarik kea nod.
  2. Ion OH berada di kedudukan yang lebih rendah di dalam siri elektrokimia. Oleh itu, ia dipilih untuk dinyahcas dan membentuk gas oksigen dan air.

4OH → O2 + 2H2O

Elektrolisis Kalium Iodida 2.0M

  1. Rajah di atas menunjukkan alat radas digunakan untuk elektrolisis larutan kalium iodida.
  2. Elektrolit yang digunakan ialah larutan kalium iodide pekat, dan elektrod yang digunakan ialah karbon.

Ion-ion yang hadir:

Seperti apa yang dinyatakan di atas, ion-ion yang hadir di dalam larutan kalium iodida ialah ion-ion K+, H+, OH dan I.

Pemerhatian dan Inferens

Di Katod:

Pemerhatian:

Gelembung-gelembung gas yang tidak berwarna terbentuk. Apabila kayu uji menyala didekatkan ke mulut tabung uji gas, bunyi ‘pop’ terhasil.

Inferens

Gas hidrogen dihasilkan di katod

 

Di Anod

Pemerhatian:

Suatu larutan perang kemerahan terbentuk. Apabila beberapa titis larutan kanji ditambah ke dalam itu, warna larutan berubah kepada biru tua.

Inferens

Larutan iodin terhasil.

Penerangan

Pilihan Nyahcas di Katod

  1. Ion-ion H+ dan K+ ditarik ke katod (elektrod negatif).
  2. Di katod, ion-ion H+ dipilih untuk dinyacas kerana ia berada dikedudukan yang lebih rendah dalam siri elektrokimia berbanding dengan ion kalium.
  3. Ion-ion hidrogen menerima elektron dan membentuk atom-atom hidrogen, seterusnya membentuk molekul-molekul hidrogen.

H+ + 2e → H2

Pilihan Nyahcas di Anod

  1. Kedua-dua ion OH dan I yang bercas negatif ditarik kea anod.
  2. Ion iodide dipilih untuk dinyacas, walaupun kedudukannya lebih tinggi dariada ion OH.
  3. Ini disebabkan kepekatan ion iodida yang tinggi dalam larutan

 

Leave a Comment