Pemilihan Nyacas – Jenis Elektrod

  1. Bagi proses elektrolisis, elektrod yang digunakan boleh dibahagi kepada dua jenis
    1. Elektrod lengai
    2. Elektrod aktif
  2. Elektrod lengai ialah elektrod yang tidak akan mengambil bahagian dalam sebarang tindak balas kimia semasa elektrolisis. Contoh-contoh elektrod lengai ialah elektrod karbon dan platinum.
  3. Elektrod aktif pula ialah elektrod yang mungkin mengalami perubahan kimia semasa elektrolisis.
  4. Dalam proses elektrolisis, jika elektrod aktif digunakan, anod aktif akan mengion, dengan syarat logam yang digunakan sebagai anod sama dengan ion logam yang terdapat di dalam elektrolit.
  5. Contohnya, jika ion logam yang hadir di dalam satu elektrolit ialah ion kuprum(II), dan logam kuprum digunakan sebagai anod, maka logam kurpum (anod) akan mengion membentuk ion kuprum(II), Cu2+ semasa elektrolisis. Iaitu

Cu → Cu2+ + 2e

  1. Dua contoh di bawah membandingkan bagaimana suatu elektrod mempengaruhi pilihan nyacas di anod dalam elektrolisis.

Elektrolisis Kuprum(II) Sulfat dengan Elektrod Karbon

  1. Rajah di atas menunjukkan elektrolisis larutan kuprum(II) sulfat apabila karbon digunakan sebagai elektrod.
  2. Ion-ion yang hadir di dalam larutan kuprum(II) sulfat cair ialah ion-ion Cu2+, H+, OH dan SO42-.
Nyahcas di Katod
  1. Ion H+ dan Cu2+ yang bercas positif ditarik ke katod (elektrod negatif).
  2. Di katod, ion-ion dipilih untuk dinyacas kerana ia berada dikedudukan yang lebih rendah dalam siri elektrokimia berbanding degnanhion hidrogen.
  3. Setiap ion kurpum(II) menerima elektron dan membentuk atom-atom kuprum.

Cu2+ + 2e → Cu

Pilihan Nyahcas di Anod
  1. Kedua-dua ion OH dan SO42- yang bercas negatif ditarik kea nod (elektrod positif).
  2. Ion OH berda di kedudukan yang lebih rendah di dalam siri elektrokimia. Oleh itu, ia dipilih untuk dinyahcas dan membentuk gas oksigen dan air.
    4OH → O2 + 2H2O
Pemerhatian dan Inferens

Di Katod:

Pemerhatian:

Enapan berwarna perang terbentuk.

Inferens

Logam kuprum terbentuk di katod

 

Di Anod

Pemerhatian:

Gelembung-gelembung gas yang tidak berwarna terbebas. Gas ini menyalakan kayu uji berbara.

Inferens

Gas oksigen dihasilkan di anod

 

Elektrolisis Kuprum(II) Sulfat dengan Elektrod Kuprum

  1. Rajah di atas menunjukkan elektrolisis larutan kuprum(II) sulfat apabila kuprum digunakan sebagai elektrod.
  2. Ion-ion yang hadir di dalam larutan kuprum(II) sulfat cair ialah ion-ion Cu2+, H+, OH dan SO42-.
Nyahcas di Katod
  1. Ion H+ dan Cu2+ yang bercas positif ditarik ke katod (elektrod negatif).
  2. Di katod, ion-ion dipilih untuk dinyacas kerana ia berada dikedudukan yang lebih rendah dalam siri elektrokimia berbanding degnanhion hidrogen.
  3. Setiap ion kurpum(II) menerima elektron dan membentuk atom-atom kuprum.

Cu2+ + 2e → Cu

Pilihan Nyahcas di Anod
  1. Kedua-dua ion OH dan SO42- yang bercas negatif ditarik ke anod (elektrod positif).
  2. Bagaimanapun, kedua-dua ion ini tidak dipilih untuk dinyacas.
  3. Sebaliknya, logam kuprum dalam anod mengion dan membentuk ion-ion kuprum.

Cu → Cu2+ + 2e

Pemerhatian dan Inferens

Di Katod:

Pemerhatian:

Elektrod kuprum menjadi semakin tebal.

Inferens

Logam kuprum terbentuk di katod

 

Di Anod

Pemerhatian:

Elektrod kuprum menjadi semakin nipis. Jisim anod semakin berkurang.

Inferens

Atom-atom kuprum mengion membentuk ion-ion kuprum(II).

Leave a Comment