Proses elektrolisis digunakan dalam industri untuk
- Pengekstrakan logam
 - Penulenan logam
 - Penyaduran logam
 
Penggunaan Elektrolisis dalam Pengekstrakan Logam
Dalam industry, elektrolisis digunakan untuk mengekstrak logam-logam yang sangat reaktif seperti natrium, kalsium, dan aluminium.
Pengekstrakan Natrium
- Rajah di bawah menunjukkan ilustrasi alat radas yang digunakan untuk mengekstrak natrium dengan menggunakan elektrolisis.

 - Dalam proses ini, grafit (karbon) digunakan sehagai anod dan ferum (Besi). digunakan sehagai katod.
 - Tenaga elektrik dibekalkan kepada system supaya proses elektrolisis boleh berlaku.
 - Semasa elektrolisis, ion Na+ bergerak ke katod dan ion CI– bergerak ke anod.
 - Di katod, setiap ion Na+ dinyahcas dengan menerima satu elektron untuk menjadi atom natrium.
 
Na+ + e → Na
- Logam natrium mempunyai ketumpatan yang lebih rendah daripada leburan natrium klorida. Oleh itu ia terapung ke atas dan dikumpulkan.
 - Di anod, setiap ion Cl– dinyahcas dengan menderma satu elektron untuk menghasilkan atom klorin, Cl.
Cl–→ Cl + e - Dua atom klorin bergabung untuk menghasilkan molekul klorin (Gas korin). Gas klorin adalah bahan yang berguna dalam indutri. Oleh itu ia biasanya dikumpul.
Cl + Cl → Cl2 
Pengekstrakan Aluminium
- Aluminium merupakan logam yang sangat reaktif. Ia boleh diekstrak daripada aluminium oksida, yang juga dinamakan sebagai bausit.
 

- Rajah di atas menunjukkan ilustrasi alat radas yang digunakan untuk mengekstrak aluminium daripada bausit lebur dengan menggunakan proses elektrolisis.
 - Dalam proses ini, kriolit dicampurkan ke dalam leburan aluminium oksida untuk merendahkan takat lebur aluminium oksida.
 - Aluminum oksida lebur terdiri daripada ion aluminium, Al3+ dan ion oksida, O2-.
 - Semasa proses elektrolisis dijalankan, ion-ion aluminium tertarik ke katod manakala ion-ion oksida tertarik ke anod.
 - Di katod, ion aluminium (Al3+) menerima 3 elektron dan membentuk atom kuprum.
Al3+ + 3e → Al - Di anod, ion oksida (O2-) menderma 2 elektron membentuk atom oksigen.
O2- → 2O + 4e - Atom oksigen bergabung membentuk molekul oksigen.
O + O → O2 - Gas oksigen yang terbebas akan bertindak balas dengan elektrod karbon (grafit) untuk membentuk gas karbon dioksida. Ini menyebabkan anod terkakis perlahan-lahan dan perlu digantikan dari semasa ke semasa.
 - Bendasing seperti silika dan oksida besi diasingkan daripada bauksit pada suhu yang tinggi.
 
Penggunaan Elektrolisis dalam Penulenan Kuprum dan Argentum
- Kuprum merupakan konduktor elektrik yang baik. Bagaimanapun, kehadiran bendasing dalam kuprum akan mengurangkan kekonduksian elektriknya.
 - Dalam industri, kuprum dan argentum boleh ditulenkan melalui elektrolisis.
 - Rajah di bawah menunjukkan ilustrasi alat radas digunakan dalam proses penulenan kuprum,
- Elektrolit yang digunakan ialah larutan kuprum(II) sulfat. Ini adalah kerana larutan ini mengandungi ion logam yang hendak ditulenkan.
 - Logam kuprum yang tidak tulen dijadikan anod. Semasa elektrolisis, atom-atom kuprum membebaskan elektron dan membentuk ion-ion kuprum. Hakikatnya, logam kuprum terlarut ke dalam elektrolit. Saiz anod semakin berkurang.
Cu → + Cu2+ + 2e - Bendasing yang tidak terion tidak terlarut dalam larutan. Ia akan termendak di dalam larutan.
 - Logam kuprum yang tulen dijadikan katod. Ion-ion kuprum itu akan menerima elektron dan terenap sebagai logam tulen. Saiz katod semakin bertambah.
Cu2+ + 2e → Cu 
 - Dalam proses penulenan, warna elektrolit kekal tidak berubah. Ini kerana kepekatan ion logam dalam larutan kekal tidak berubah.
 
Penggunaan Elektrolisis dalam Penyaduran Logam
- Dalam industri, besi disadur untuk mengelakkannya daripada berkarat.
 - Logam-logam lain disadur supaya ia kelihatan lebih menarik.
 - Logam-logam yang biasa digunakan sebagai logam penyadur ialah argentum, aurum, nikel, kuprum, kromium, kadmium, zink atau stanum.
 - Rajah di bawah menunjukkan ilustrasi alat radas digunakan dalam proses penyaduran kuprum,
- Elektrolit yang digunakan ialah larutan akueus yang mengandungi ion logam penyadur. Contohnya, jika kita ingin menyadurkan kunci dengan logam kuprum, maka elektrolit yang digunakan mesti mengandungi ion-ion kueprum.
 - Kuprum (logam penyadur) dijadikan anod. Semasa elektrolisis, atom-atom kuprum membebaskan elektron dan membentuk ion-ion kuprum. Hakikatnya, logam kuprum terlarut ke dalam elektrolit.
Cu → + Cu2+ + 2e - Objek yang hendak disadur dijadikan katod. Ion-ion kuprum(II) yang terdapat di dalam elektrolit itu akan menerima elektron dan terenap sebagai logam tulen di permukaan objek disadur.
Cu2+ + 2e → Cu 
 - Untuk memperoleh hasil penyaduran logam yang cantik dan sekta, beberapa langkah perlu diambil:
- arus elektrik yang kecil digunakan
 - larutan elektrolit yang cair digunakan
 - logam yang hendak disadur perlu dibersihkan
 - Objek yang disadur dipusing perlahan-lahan dari masa ke semasa.