Mengenalkan Anion dan Kation dalam satu Larutan Akueus Elektrolit
- Sebelum ini kita telah berlajar bahawa terdapat dua jenis elektrolit, iaitu
- Elektrolit berbentuk cecair (atau leburan)
 - Elektrolit berbentuk larutan akueus.
 
 - Elektrolit berbentuk cecair mengandungi satu jenis kation dan satu jenis anion sahaja di dalamnya. Contohnya, leburan plumbum(II) bromida mengandungi ion plumbum(II), Pb2+ dan ion bromida, Br– sahaja di dalamnya.
 - Bagaimanapun, elektrolit berbentuk larutan akueus adalah berbeza. Larutan akueus sebatian ionic, asid dan alkali mengandungi ion-ion daripada sebatian tersebut serta ion-ion hidrogen, H+ dan ion-ion hidroksida, OH– daripada penceraian separa air.
H2O → H+ + OH– - Contohnya, larutan natrium klorida. Apabila natrium klorida terlarut di dalam air, ia akan bercerai dan menghasilkan ion-ion natrium dan ion=ion klorida.
NaCl → Na+ + Cl–. - Pada masa yang sama, molekul air di dalamnya juga bercerai secara separa dan menghasilkan ion-ion hidrogen, H+ dan ion-ion hidroksida, OH–.
H2O → H+ + OH– - Oleh itu, ion-ion yang hadir dalam larutan natrium klorida termasuk ion natrium, Na+, ion klorida Cl–, ion hidrogen H+ dan ion hidroksida OH–.
 - Jadual di bawah membandingkan ion-ion yang hadir dalam natrium klorida lebur dan larutan akueus natrium klorida.
 
| Natrium klorida lebur | Larutan Akueus Natrium Klorida | 
| Penbentukan ion:
 NaCl → Na+ + Cl– Ion-ion yang hadir: Na+ ; Cl–  | 
Penbentukan ion:
 NaCl → Na+ + Cl– H2O → H+ + OH– Ion-ion yang hadir: Na+ ; Cl– ; H+ ; OH–  | 
- Dalam suatu larutan akueus, kepekatan ion hidrogen dan ion hidroksida adalah lebih rendah daripada ion-ion bahan terlarut.
 
Pemilihan Nyacas:
- Elektrolit jenis larutan akueus biasanya mengandungi lebih daripada satu jenis kation dan anion di dalamnya.
 - Dalam proses elektrolisis elektrolit jenis larutan akueus, kedua-dua jenis kation akan bergerak ke katod dan kedua-dua jenis anion akan bergerak ke anod.
 - Bagaimanapun, hanya satu jenis kation dan anion akan dipilih untuk dinyahcas di katod dan di anod.
 - Contohnya, , dalam elektrolisis larutan kuprum(II) sulfat, kation yang bergerak ke katod ialah ion Cu2+ dan ion H+. Anion yang bergerak ke anod ialah ion SO42- dan ion OH–. Bagaimanapun, hanya satu jenis kation dan satu jenis anion akan dipilih untuk dinyahcas di katod dan anod.
 - Di katod, antara ion Cu2+ dan ion H+, ion Cu2+ akan dipilih untuk dinyacas.
 - Di anod, antara ion SO42- dan ion OH–, ion OH– akan dipilih untuk dinyacas.
 - Terdapat tiga faktor yang mempengaruhi pilihan nyahcas di kedua-dua elektrod.
- kedudukan ion dalam sin elektrokimia
 - kepekatan ion dalam suatu larutan
 - jenis elektrod yang digunakan