- Atom logam membentuk ion positif (kation) dengan menyingkirkan elektron untuk mencapai konfigurasi elektron atom gas adi.
- Atom hidrogen juga boleh membentuk ion positif dengan menyingkirkan elektron tunggalnya.
- Atom bukan logam membentuk ion negatif (anion) dengan menerima elektron untuk mencapai konfigurasi elektron atom gas adi.
- Ion positif dan ion negatif terikat oleh suatu daya tarikan yang kuat yang dikenali sebagai daya elektrostatik atau ikatan ion (ikatan elektrovalen).
- Sebatian yang terbentuk secara menyeluruh adalah neutral dari segi elektrik, iaitu jumlah bilangan cas positif adalah diseimbangkan oleh jumlah bilangan cas negatif.
- Tarikan elektrostatik kuat yang mengikat ion-ion berlawanan cas dikenali sebagai ikatan ion (ikatan elektrovalen). Sebatian yang mengandungi ikatan ion dikenali sebagai sebatian ion.
Contoh: Pembentukan Natrium Klorida
Natrium terbakar dalam gas klorin membentuk pepejal putih yang dikenali sebagai natrium klorida. Natrium klorida ialah satu sebatian ion.
2Na(p) + Cl2(g) → 2NaC1(p)
Langkah-langkah yang terlibat dalam pembentukan natrium klorida.
Langkah 1: Pembentukan ion natrium, Na+
- Atom natrium mempunyai susunan elektron 2.8.1 yang tidak stabil.
- Oleh itu, dalam tindak balas kimia, setiap atom natrium menderma satu elektron valens untuk membentuk ion natrium bercas positif, Na+.
Na → Na+ + e–
- Ion natrium memperoleh susunan elektron yang stabil seperti atom neon, 2.8.
Langkah 2: Pembentukan ion klorida yang negatif, Cl–
- Atom klorin mempunyai susunan elektron 2.8.7 yang tidak stabil.
- Dalam tindak balas kimia, setiap atom klorin menerima satu elektron daripada atom natrium untuk membentuk ion klorida bercas negatif, C1–.
Cl2 + 2e– → 2C1–
- Ion klorida memperoleh susunan elektron yang stabil seperti atom argon, 2.8.8.
Langkah 3: Pembentukan ikatan ion
- Ion natrium, Na+, dan ion klorida, C1–, mempunyai cas yang berlawanan. Oleh itu, mereka akan menarik antara satu sama lain dan bergabung untuk membentuk natrium klorida, NaCl.
- Natrium klorida, NaC1, yangterbentuk dikenali sebagai sebatian ion.
- Ion natrium dan klorida tersusun dalam suatu struktur kekisi hablur dalam pepejal natrium klorida.
Contoh: Pembentukan Kalium Oksida
Kalium terbakar dalam udara membentuk pepejal putih yang dikenali sebagai kalium oksida. Kalium oksida ialah satu sebatian ion.
4K(p) + O2(g) → 2Na2O(p)
Langkah-langkah yang terlibat dalam pembentukan kalium oksida:
Langkah 1: Pembentukan ion kalium, K+
- Atom kaliummempunyai susunan elektron 2.8.8.1 yang tidak stabil.
- Oleh itu, dalam tindak balas kimia, setiap atom kalium menderma satu elektron valens untuk membentuk ion kalium bercas positif, K+.
K → K+ + e–
- Ion kalium memperoleh susunan elektron yang stabil seperti atom argon, 2.8.8
Langkah 2: Pembentukan ion oksida yang negatif, O2-
- Atom oksigen mempunyai susunan elektron 2.6 yang tidak stabil.
- Dalam tindak balas kimia, setiap atom oksigen menerima dua elektron daripada dua atom natrium untuk membentuk ion oksida bercas negatif, O2-.
O2 + 4e– → 2O2-
- Ion oksida memperoleh susunan elektron yang stabil seperti atom neon, 2.8..
Langkah 3: Pembentukan ikatan ion
- Ion kalium, K+, dan ion oksida, O2-, mempunyai cas yang berlawanan. Oleh itu, mereka akan menarik antara satu sama lain dan bergabung untuk membentuk kalium oksida, K2O. Dua ion kalium bergabung dengan satu ion membentuk sebatian K2O.
- Kalium oksida, K2O, yang terbentuk ialah sejenis sebatian ion.
Contoh: Pembentukan Aluminium Oksida
Aluminium terbakar dalam udara membentuk pepejal putih yang dikenali sebagai aluminium oksida. Aluminium oksida ialah satu sebatian ion.
24Al(p) + 3O2(g) → 2Al2O3(p)
Langkah-langkah yang terlibat dalam pembentukan natrium oksida:
Langkah 1: Pembentukan ion natrium, Al3+
- Atom natrium mempunyai susunan elektron 2.8.1 yang tidak stabil.
- Oleh itu, dalam tindak balas kimia, setiap atom aluminium menderma tiga elektron valens untuk membentuk ion aluminium bercas positif, Al3+.
Al →Al3+ + 3e–
- Ion aluminium memperoleh susunan elektron yang stabil seperti neon, 2.8.
Langkah 2: Pembentukan ion oksida yang negatif, O2-
- Atom oksigen mempunyai susunan elektron 2.6 yang tidak stabil.
- Dalam tindak balas kimia, setiap atom oksigen menerima dua elektron daripada dua atom natrium untuk membentuk ion oksida bercas negatif, O2-.
O2 + 4e– → 2O2-
- Ion oksida memperoleh susunan elektron yang stabil seperti atom neon, 2.8..
Langkah 3: Pembentukan ikatan ion
- Ion aluminium, Al3+, dan ion oksida, O2-, mempunyai cas yang berlawanan. Oleh itu, mereka akan menarik antara satu sama lain dan bergabung untuk membentuk aluminium oksida, Al2O3.
- Aluminium oksida, Al2O3, yang terbentuk ialah sejenis sebatian ion.