Ikatan Ion

  1. Atom logam membentuk ion positif (kation) dengan menyingkirkan elektron untuk mencapai konfigurasi elektron atom gas adi.
  2. Atom hidrogen juga boleh membentuk ion positif dengan menyingkirkan elektron tunggalnya.
  3. Atom bukan logam membentuk ion negatif (anion) dengan menerima elektron untuk mencapai konfigurasi elektron atom gas adi.
  4. Ion positif dan ion negatif terikat oleh suatu daya tarikan yang kuat yang dikenali sebagai daya elektrostatik atau ikatan ion (ikatan elektrovalen).
  5. Sebatian yang terbentuk secara menyeluruh adalah neutral dari segi elektrik, iaitu jumlah bilangan cas positif adalah diseimbangkan oleh jumlah bilangan cas negatif.
  6. Tarikan elektrostatik kuat yang mengikat ion-ion berlawanan cas dikenali sebagai ikatan ion (ikatan elektrovalen). Sebatian yang mengandungi ikatan ion dikenali sebagai sebatian ion.

Contoh: Pembentukan Natrium Klorida

Natrium terbakar dalam gas klorin membentuk pepejal putih yang dikenali sebagai natrium klorida. Natrium klorida ialah satu sebatian ion.

2Na(p) + Cl2(g) → 2NaC1(p)

Langkah-langkah yang terlibat dalam pembentukan natrium klorida.

Langkah 1: Pembentukan ion natrium, Na+

  1. Atom natrium mempunyai susunan elektron 2.8.1 yang tidak stabil.
  2. Oleh itu, dalam tindak balas kimia, setiap atom natrium menderma satu elektron valens untuk membentuk ion natrium bercas positif, Na+.

Na → Na+ + e

  1. Ion natrium memperoleh susunan elektron yang stabil seperti atom neon, 2.8.

Langkah 2: Pembentukan ion klorida yang negatif, Cl

  1. Atom klorin mempunyai susunan elektron 2.8.7 yang tidak stabil.
  2. Dalam tindak balas kimia, setiap atom klorin menerima satu elektron daripada atom natrium untuk membentuk ion klorida bercas negatif, C1.

Cl2 + 2e → 2C1

  1. Ion klorida memperoleh susunan elektron yang stabil seperti atom argon, 2.8.8.

Langkah 3: Pembentukan ikatan ion

  1. Ion natrium, Na+, dan ion klorida, C1, mempunyai cas yang berlawanan. Oleh itu, mereka akan menarik antara satu sama lain dan bergabung untuk membentuk natrium klorida, NaCl.
  2. Natrium klorida, NaC1, yangterbentuk dikenali sebagai sebatian ion.
  3. Ion natrium dan klorida tersusun dalam suatu struktur kekisi hablur dalam pepejal natrium klorida.

Contoh: Pembentukan Kalium Oksida

Kalium terbakar dalam udara membentuk pepejal putih yang dikenali sebagai kalium oksida. Kalium oksida ialah satu sebatian ion.

4K(p) + O2(g) → 2Na2O(p)

Langkah-langkah yang terlibat dalam pembentukan kalium oksida:

Langkah 1: Pembentukan ion kalium, K+

  1. Atom kaliummempunyai susunan elektron 2.8.8.1 yang tidak stabil.
  2. Oleh itu, dalam tindak balas kimia, setiap atom kalium menderma satu elektron valens untuk membentuk ion kalium bercas positif, K+.

K → K+ + e

  1. Ion kalium memperoleh susunan elektron yang stabil seperti atom argon, 2.8.8

Langkah 2: Pembentukan ion oksida yang negatif, O2-

  1. Atom oksigen mempunyai susunan elektron 2.6 yang tidak stabil.
  2. Dalam tindak balas kimia, setiap atom oksigen menerima dua elektron daripada dua atom natrium untuk membentuk ion oksida bercas negatif, O2-.

O2 + 4e → 2O2-

  1. Ion oksida memperoleh susunan elektron yang stabil seperti atom neon, 2.8..

Langkah 3: Pembentukan ikatan ion

  1. Ion kalium, K+, dan ion oksida, O2-, mempunyai cas yang berlawanan. Oleh itu, mereka akan menarik antara satu sama lain dan bergabung untuk membentuk kalium oksida, K2O. Dua ion kalium bergabung dengan satu ion membentuk sebatian K2O.
  2. Kalium oksida, K2O, yang terbentuk ialah sejenis sebatian ion.

Contoh: Pembentukan Aluminium Oksida

Aluminium terbakar dalam udara membentuk pepejal putih yang dikenali sebagai aluminium oksida. Aluminium oksida ialah satu sebatian ion.

24Al(p) + 3O2(g) → 2Al2O3(p)

Langkah-langkah yang terlibat dalam pembentukan natrium oksida:

Langkah 1: Pembentukan ion natrium, Al3+

  1. Atom natrium mempunyai susunan elektron 2.8.1 yang tidak stabil.
  2. Oleh itu, dalam tindak balas kimia, setiap atom aluminium menderma tiga elektron valens untuk membentuk ion aluminium bercas positif, Al3+.

Al →Al3+ + 3e

  1. Ion aluminium memperoleh susunan elektron yang stabil seperti neon, 2.8.

Langkah 2: Pembentukan ion oksida yang negatif, O2-

  1. Atom oksigen mempunyai susunan elektron 2.6 yang tidak stabil.
  2. Dalam tindak balas kimia, setiap atom oksigen menerima dua elektron daripada dua atom natrium untuk membentuk ion oksida bercas negatif, O2-.

O2 + 4e → 2O2-

  1. Ion oksida memperoleh susunan elektron yang stabil seperti atom neon, 2.8..

Langkah 3: Pembentukan ikatan ion

  1. Ion aluminium, Al3+, dan ion oksida, O2-, mempunyai cas yang berlawanan. Oleh itu, mereka akan menarik antara satu sama lain dan bergabung untuk membentuk aluminium oksida, Al2O3.
  2. Aluminium oksida, Al2O3, yang terbentuk ialah sejenis sebatian ion.

Leave a Comment