Meramalkan Formula Sebatian Kovalen
- Sebatian kovalen terbentuk daripada gabungan unsur-unsur bukan logam.
- Formula molekul kovalen dapat ditentukan dengan mencari nisbah valensi bagi unsur-unsur bukan logam dalam sebatian itu.
- Valensi bagi bukan logam ialah bilangan elektron yang diperlukan untuk mencapai susunan elektron duplet atau elektron oktet. Contohnya
- Unsur-unsur kumpulan 14 mempunyai 4 elektron valens, maka ia memerlukan 4 elektron untuk mencapai susunan elektron gas adi. Jadi, valensinya ialah 4.
- Unsur-unsur kumpulan 15 mempunyai 5 elektron valens, maka ia memerlukan 3 elektron untuk mencapai susunan elektron gas adi. Jadi, valensinya ialah 3.
- Unsur-unsur kumpulan 16 mempunyai 6 elektron valens, maka ia memerlukan 2 elektron untuk mencapai susunan elektron gas adi. Jadi, valensinya ialah 2.
- Unsur-unsur kumpulan 17 mempunyai 7 elektron valens, maka ia memerlukan 1 elektron untuk mencapai susunan elektron gas adi. Jadi, valensinya ialah 1.
- Jika unsur P mempunyai valensi x dan unsur Q mempunyai valensi y dan kedua-duanya merupakan unsur bukan logam, formula molekul bagi sebatian yang terbentuk antara P dan Q ialah PyQx, dengan y : x dalam nisbah yang paling ringkas.
- Contohnya, unsur karbon ialah unsur dalam kumpulan 14, maka valensinya ialah 4. Oksigen dari kumpulan 16, maka valensinya ialah 2. Nisbah valensi Oksigen: Karbon ialah 1:2. Oleh itu, formula sebatian karbon dan oksigen ini ialah CO2, iaitu karbon dioksida.
Contoh:
Atom P dan Q masing-masing mempunyai nombor proton 8 dan 17. Apakah formula sebatian kovalen yang terbentuk antara atom P dan Q?
Jawapan:
Susunan elektron P ialah 2.5, ia memerlukan 3 elektron untuk mencapai susunan elektron oktet. Maka, valensinya ialah 3.
Susunan elektron Q ialah 2.8.7, ia memerlukan 1 elektron untuk mencapai susunan elektron oktet. Maka, valensinya ialah 1.
Nisbah valensi Q:P = 1:3
Maka formula molekul sebatian P dan Q ialah PQ3.
Jadual berikut menunjukkan cara meramalkan formula molekul kovalen yang terbentuk berdasarkan kedudukan kumpulan sesuatu unsur dalam Jadual Berkala.
Unsur X | Unsur Y | Nisbah Y:X | Formula Molekul | Contoh | ||
Kumpulan | Valensi | Kumpulan | Valensi | |||
14 | 4 | 16 | 2 | 1:2 | XY2 | CO2 |
14 | 4 | 17 | 1 | 1:4 | XY4 | CCl4 |
16 | 2 | 16 | 2 | 1:1 | XY | O2 |
17 | 1 | 17 | 1 | 1:1 | XY | Cl2 |