Meramalkan Formula Molekul Kovalen

Meramalkan Formula Sebatian Kovalen

  1. Sebatian kovalen terbentuk daripada gabungan unsur-unsur bukan logam.
  2. Formula molekul kovalen dapat ditentukan dengan mencari nisbah valensi bagi unsur-unsur bukan logam dalam sebatian itu.
  3. Valensi bagi bukan logam ialah bilangan elektron yang diperlukan untuk mencapai susunan elektron duplet atau elektron oktet. Contohnya
    1. Unsur-unsur kumpulan 14 mempunyai 4 elektron valens, maka ia memerlukan 4 elektron untuk mencapai susunan elektron gas adi. Jadi, valensinya ialah 4.
    2. Unsur-unsur kumpulan 15 mempunyai 5 elektron valens, maka ia memerlukan 3 elektron untuk mencapai susunan elektron gas adi. Jadi, valensinya ialah 3.
    3. Unsur-unsur kumpulan 16 mempunyai 6 elektron valens, maka ia memerlukan 2 elektron untuk mencapai susunan elektron gas adi. Jadi, valensinya ialah 2.
    4. Unsur-unsur kumpulan 17 mempunyai 7 elektron valens, maka ia memerlukan 1 elektron untuk mencapai susunan elektron gas adi. Jadi, valensinya ialah 1.
  4. Jika unsur P mempunyai valensi x dan unsur Q mempunyai valensi y dan kedua-duanya merupakan unsur bukan logam, formula molekul bagi sebatian yang terbentuk antara P dan Q ialah PyQx, dengan y : x dalam nisbah yang paling ringkas.
  5. Contohnya, unsur karbon ialah unsur dalam kumpulan 14, maka valensinya ialah 4. Oksigen dari kumpulan 16, maka valensinya ialah 2. Nisbah valensi Oksigen: Karbon ialah 1:2. Oleh itu, formula sebatian karbon dan oksigen ini ialah CO2, iaitu karbon dioksida.

Contoh:

Atom P dan Q masing-masing mempunyai nombor proton 8 dan 17. Apakah formula sebatian kovalen yang terbentuk antara atom P dan Q?

Jawapan:

Susunan elektron P ialah 2.5, ia memerlukan 3 elektron untuk mencapai susunan elektron oktet. Maka, valensinya ialah 3.

Susunan elektron Q ialah 2.8.7, ia memerlukan 1 elektron untuk mencapai susunan elektron oktet. Maka, valensinya ialah 1.

Nisbah valensi Q:P = 1:3

Maka formula molekul sebatian P dan Q ialah PQ3.

 

Jadual berikut menunjukkan cara meramalkan formula molekul kovalen yang terbentuk berdasarkan kedudukan kumpulan sesuatu unsur dalam Jadual Berkala.

Unsur X Unsur Y Nisbah Y:X Formula Molekul Contoh
Kumpulan Valensi Kumpulan Valensi
14 4 16 2 1:2 XY2 CO2
14 4 17 1 1:4 XY4 CCl4
16 2 16 2 1:1 XY O2
17 1 17 1 1:1 XY Cl2

Leave a Comment