Atom adalah neutral kerana bilangan proton adalah sama dengan bilangan elektron.
Ion ialah zarah-zarah yang membawa cas Contohnya Na+, O2-, NO3–.
Ion terbentuk apabila satu atom melepaskan elektron atau menerima elektron.
Hampir semua logam mempunyai 1, 2 dan 3 elektron di petala terluar masing masing.
Dalam tindak balas kimia, atom-atom logam cenderung untuk menderma semua elektron valensnya untuk mencapai susunan elektron gas adi yang stabil.
Selepas melepaskan elektron, bilangan protonnya melebihi bilangan elektron, maka atom itu akan membentuk ion positif.
Atom-atom bukan logam daripada biasanya mempunyai 5, 6, atau 7 elektron valens.
Dalam tindak balas kimia, atom-atom bukan logam ini cenderung menerima elektron ke dalam petala terluar untuk mencapai susunan elektron gas adi yang stabil.
Selepas menerima electron, bilangan elektronnya melebihi proton, maka ion negatif ( anion ) terbentuk.
Pembentukan ion positif
Atom-atom logam mempunyai bilangan elektron valens 1, 2, dan 3.
Atom-atom logam seperti kalium (susunan elektron 2.8.8.1) lebih cenderung untuk menderma satu-satu elektron valensnya daripada menerima 7 elektron untuk mencapai susunan elektron (susunan elektron oktet) yang stabil.
Oleh itu, semasa tindak balas kimia, atom-atom logam melepaskan elektron dari petala terluarnya untuk mencapai susunan elektron yang stabil. Ion-ion positif (kation) terbentuk.
Pembentukan Ion Bercas Positif Satu (+1)
Atom natrium mempunyai 11 proton dan 11 elektron. Bilangan proton dan elektronnya adalah sama, maka ia adalah neutral (cas = 0).
Susunan elektron atom natrium ialah 2.8.1
Ia mempunyai satu elektron di petala terluarnya. Susunan elektron ini adalah tidak stabil.
Untuk mencapai susunan elektron oktet yang stabil, atom natrium cenderung untuk menderma elektron valensnya.
Selepas menderma elektron valensnya, bilangan elektronya menjadi 10.
Hakikatnya, bilangan proton melebihi elektron sebanyak satu. Oleh itu, ion ber cas +1 terbentuk.
Pembentukan Ion Bercas Positif Dua(+2)
Atom magnesium mempunyai 12 proton dan 12 elektron. Bilangan proton dan elektronnya adalah sama, maka ia adalah neutral (cas = 0).
Susunan elektron atom natrium ialah 2.8.2
Ia mempunyai dua elektron di petala terluarnya. Susunan elektron ini adalah tidak stabil.
Untuk mencapai susunan elektron oktet yang stabil, atom magnesium cenderung untuk menderma kedua-dua elektron valensnya.
Selepas menderma kedua-dua elektronvalensnya, bilangan elektronya menjadi 10.
Hakikatnya, bilangan proton melebihi elektron sebanyak dua, dan ion ber cas +2 terbentuk.
Pembentukan Ion Bercas Positif Satu (+3)
Atom aluminium mempunyai 13 proton dan 13 elektron. Bilangan proton dan elektronnya adalah sama, maka ia adalah neutral (cas = 0).
Susunan elektron atom natrium ialah 2.8.3
Ia mempunyai dua elektron di petala terluarnya. Susunan elektron ini adalah tidak stabil.
Untuk mencapai susunan elektron oktet yang stabil, atom aluminium cenderung untuk menderma ketiga-tiga elektron valensnya.
Selepas menderma kesemua elektronvalensnya, bilangan elektronya menjadi 10.
Hakikatnya, bilangan proton melebihi elektron sebanyak tiga, dan ion ber cas +3 terbentuk.
Pembentukan ion negatif
Atom-atom bukan logam daripada Kumpulan 16 dan 17 masing-masing mempunyai bilangan elektron valens 6 dan 7.
Atom-atom bukan logam seperti klorin (susunan elektron 2.8.7) lebih cenderung untuk menerima 1 elektron daripada menderma 7 elektron valensnya untuk mencapai susunan elektron yang stabil (susunan elektron oktet).
Oleh itu, dalam tindak balas kimia, atom-atom bukan logam cenderung menerima elektron untuk mencapai susunan elektron yang stabil. Ion-ion negatif (anion) terbentuk.
Pembentukan Ion Bercas Negatif Satu (-1)
Atom klorin mempunyai 17 proton dan 17 elektron. Bilangan proton dan elektronnya adalah sama, maka ia adalah neutral (cas = 0).
Susunan elektron atom natrium ialah 2.8.7
Ia mempunyai tujuh elektron di petala terluarnya. Susunan elektron ini adalah tidak stabil.
Untuk mencapai susunan elektron oktet yang stabil, atom klorin cenderung untuk menerima satu elektron dari luar.
Selepas memerima satu elektron dari luar, bilangan elektronya menjadi 18, dan susunan elektronnya menjadi 2.8.8, iaitu susunan elektron oktet yang stabil.
Hakikatnya, bilangan elektron melebihi proton sebanyak satu, dan ion ber cas -1 terbentuk.
Pembentukan Ion Bercas Negatif Dua(-2)
Atom oksigen mempunyai 8 proton dan 8 elektron. Bilangan proton dan elektronnya adalah sama, maka ia adalah neutral (cas = 0).
Susunan elektron atom natrium ialah 2.6
Ia mempunyai enam elektron di petala terluarnya. Susunan elektron ini adalah tidak stabil.
Untuk mencapai susunan elektron oktet yang stabil, atom oksigen cenderung untuk menerima dua elektron dari luar.
Selepas memerima dua elektron dari luar, bilangan elektronya menjadi 10, dan susunan elektronnya menjadi 2.8, iaitu susunan elektron oktet yang stabil.
Hakikatnya, bilangan elektron melebihi proton sebanyak dua, dan ion ber cas -2 terbentuk.