- Siri elektrokimia ialah satu senarai ion-ion positif dan negatif yang disusun mengikut tertib menurun bagi keupayaan menyahcas di elektrod semasa elelctrolisis.
 - Susunan ion-ion dalam siri elektrokimia adalah seperti yang di tunjuk di bawah.
 - Ion-ion dari kedudukan lebih rendah dalam siri eleltrokimia lebih mudah dinyahcas.
 - Oleh itu, dalam proses elektrolisis, ion-ion berada di kedudukan lebih rendah dalam sirielktrokimia akan dipilih untuk dinyahcas di elektrod.
 - Contohnya, jika kedua-dua ion Na+ dan ion H+ berada di sekitar katod, ion H+ akan dipilih untuk dinyahcas kerana ia berada dikedudukan lebih rendah dalam siri elektrokimia.
 
Elektrolisis Asid Sulfurik Cair

- Rajah di atas menunjukkan alat radas digunakan untuk elektrolisis asid sulfuric cair.
 - Dalam proses elektrolisis ini, elektrolit ialah asid sulfuric cair, dan karbon digunakan sebagai elektrod.
 
Ion-ion yang hadir:
Asid sulfurik mengandungi ion-ion hydrogen dan sulfat.
H2SO4 → 2H+ + SO42-
Molekul air juga mengurai secara separa di dalam air untuk menbentuk ion hydrogen (H+) dan hidroksida (OH–).
H2O → H+ + OH–
Oleh itu, ion-ion yang hadir di dalam asid sulfuric cair ialah ion-ion H+, OH– dan SO42-.
Nyahcas di Katod
- Ion H+ yang bercas positif ditarik ke katod (elektrod negatif).
 - Di katod, ion-ion hidrogen menerima elektron dan membentuk atom-atom hidrogen, seterusnya membentuk molekul-molekul hidrogen.
 
H+ + 2e → H2
Pilihan Nyahcas di Anod
- Kedua-dua ion OH– dan SO42- yang bercas negatif ditarik kea nod (elektrod positif).
 - Bagaimanapun, hanya satu jenis ion akan dipilih untuk dinyacas.
 - Ion OH– berda di kedudukan yang lebih rendah di dalam siri elektrokimia. Oleh itu, ia dipilih untuk dinyahcas dan membentuk gas oksigen dan air.
 
4OH– → O2 + 2H2O
Pemerhatian dan Inferens
Di Katod:
Pemerhatian:
Gelembung-gelembung gas yang tidak berwarna terbentuk. Apabila kayu uji menyala didekatkan ke mulut tabung uji gas, bunyi ‘pop’ terhasil.
Inferens:
Gas hidrogen dihasilkan di katod
Di Anod
Pemerhatian:
Gelembung-gelembung gas yang tidak berwarna terbebas. Gas ini menyalakan kayu uji berbara.
Inferens
Gas oksigen dihasilkan di anod
Elektrolisis Larutan Kuprum(II) Sulfat Cair

- Rajah di atas menunjukkan alat radas digunakan untuk elektrolisis larutan kuprum(II) sulfat.
 - Dalam proses elektrolisis ini, elektrolit yang digunakan ialah larutan kuprum(II) sulfat, dan elektrod yang digunakan ialah karbon.
 
Ion-ion yang hadir:
Larutan kuprum(II) sulfat mengandungi ion-ion kuprum(II) dan sulfat.
CuSO4 → Cu + SO42-
Molekul air juga mengurai secara separa di dalam air untuk menbentuk ion hydrogen (H+) dan hidroksida (OH–).
H2O → H+ + OH–
Oleh itu, ion-ion yang hadir di dalam larutan kurpum(II) sulfat cair ialah ion-ion Cu2+, H+, OH– dan SO42-.
Nyahcas di Katod
- Ion H+ dan Cu2+ yang bercas positif ditarik ke katod (elektrod negatif).
 - Di katod, ion-ion Cu2+ dipilih untuk dinyacas kerana ia berada dikedudukan yang lebih rendah dalam siri elektrokimia berbanding dengan ion hidrogen.
 - Setiap ion kurpum(II) menerima elektron dan membentuk atom-atom kuprum.
 
Cu2+ + 2e → Cu
Pilihan Nyahcas di Anod
- Kedua-dua ion OH– dan SO42- yang bercas negatif ditarik kea nod (elektrod positif).
 - Ion OH– berda di kedudukan yang lebih rendah di dalam siri elektrokimia. Oleh itu, ia dipilih untuk dinyahcas dan membentuk gas oksigen dan air.
 
4OH– → O2 + 2H2O
Pemerhatian dan Inferens
Di Katod:
Pemerhatian:
Enapan berwarna perang terbentuk.
Inferens
Logam kuprum terbentuk di katod
Di Anod
Pemerhatian:
Gelembung-gelembung gas yang tidak berwarna terbebas. Gas ini menyalakan kayu uji berbara.
Inferens:
Gas oksigen dihasilkan di anod