Struktur Atom

Model Atom Yang Digunakan Sekarang

  1. Atom terdiri daripada dua bahagian: satu bahagian kecil di tengahnya dipanggil nukleus dan satu kawasan di sekelilingnya yang diduduki oleh elektron.
  2. Nukleus itu sangat kecil dibandingkan dengan saiz atomnya. Akan tetapi sebahagian besar jisim atom adalah tertumpu kepada nukleus yang kecil itu.
  3. Nukleus mengandungi dua zarah asas iaitu neutron dan proton.
  4. Nukleus bagi sebarang atom sentiasa bercas positif.
  5. Tiga zarah asas bagi sesuatu atom (elektron, proton dan neutron) dan sifat-sifat mereka diringkaskan seperti di bawah. Cas relatif dan jisim relatif bagi tiga jenis zarah subatom juga diberi dalam jadual di bawah。
    Zarah Simbol Cas relatif Jisim relatif Jisim Sebenar (g)
    Pronton

    Neutron

    elektron

    p

    n

    e-

    +1

    0

    -1

    1

    1

    1/1840

    1.672 ´ 10-24

    1.675 ´ 10-24

    9.107 ´ 10-28

  6. Dalam satu atom neutral, bilangan proton = bilangan electron, iaitu Jadi, jumlah cas positif daripada proton dalam nukleus sama dengan jumlah cas negatif daripada elektron di sekeliling nukleus. Contohnya:
    1. atom oxygen mempunyai 8 proton dan 8 elektron.
    2. Atom sulfur mempunyai 16 proton dan 16 elektron.
  7. Atom daripada unsur yang sama semestinya mempunyai bilangan proton yang sama, manakala atom daripada unsur yang berbeza semestinya mempunyai bilangan proton yang berbeza. Oleh itu bilangan proton dalam suatu atom menentukan jenis unsur itu. Contohnya:
    1. atom yang mempunyai 6 proton mestilah karbon.
    2. Atom yang mempunyai 11 proton mestilah natrium.

Nombor Proton dan Nomber Nucleon

  1. Nombor proton sesuatu unsur adalah bilangan proton dalam atom unsur itu. Bilangan proton dalam semua atom bagi satu unsur tertentu adalah sentiasa sama.
  2. Nombor nucleon sesuatu atom adalah jumlah bilangan proton dan neutron dalam atom itu.
  3. Bilangan neutron dalam sesuatu atom = Nombor nucleon – Nombor proton.

Leave a Comment