Unsur-unsur Kumpulan 17

  1. Unsur-unsur Kumpulan 17 dalam Jadual Berkala dikenali sebagai halogen.
  2. Ahli-ahli mengikut susunan ke bawah kumpulan ialah Florin (F), Klorin (Cl), Bromin (Br), lodin (I) dan Astatin (At).
  3. Halogen adalah unsur-unsur bukan logam.
  4. Molekul-molekul diikat secara kovalen dan tertarik antara satu sama lain oleh daya-daya antara molekul yang lemah.
Sifat-sifat Fizik Unsur-unsur Kumpulan 17
  1. Di bawah ialah jadual yang menunjukkan beberapa sifal fizikal bagi unsur-unsur Kumpulan VII.
Nama Nombor Proton Susunan Elektron Warna Takat Lebur Takat Didih
Florin 9 2.7 Gas kunig pudar -220ºC -188ºC
Klorin 17 2.8.7 Gas kuning kehijauan -102ºC -34ºC
Bromin 35 2.8.18.7 Cecair merah gelap atau wap perang -7ºC 59ºC
Iodin 53 2.8.18.18.7 Pepejal hitam atau wap ungu 114ºC 184ºC
Astatin 85 2.8.18.32.18.7 Pepejal hitam atau wap gelap 302ºC 380ºC
  1. Semua molekul-molekul halogen adalah dwiatom iaitu: F2, Cl2, Br2 , I2, At2.
  2. halogen mempunyai takat lebur dan takat didih yang rendah. Ini kerana
    1. halogen terdiri daripada molekul-molekul kecil.
    2. daya tarikan antara molekul (daya van der Waals) adalah lemah.
    3. kurang tenaga haba diperlukan untuk mengatasi daya antara molekul yang lemah ini supaya molekul adalah lebih jauh antara satu sama lain semasa peleburan atau pendidihan. Oleh itu, halogen adalah gas (fluorin dan klorin), cecair yang mudah meruap (bromin), atau pepejal yang mudah meruap (iodin dan astatin) pada suhu dan tekanan bilik.
  3. ketumpatan unsur halogen adalah rendah.
  4. Halogen tidak mengkonduksi haba dan elektrik.
  5. Halogen larut dalam pelarut organik seperti tetraldorometana kerana kedua-dua halogen dan pelarut organik adalah molekul kovalen.
  6. Kebanyakan halogen adalah berwarna.
  7. Perubahan sifat-sifat fizik apabila menuruni Kumpulan 17:
    1. Ketumpatan bertambah dengan bertambahnya jisim-jisim atom.
    2. Takat lebur bertambah ke bawah; dengan bertambahnya saiz molekul-molekul, daya-daya antara molekul bertambah; jadi bertambahnya takat lebur. Ini kerana,
      1. saiz molekul semakin besar (semakin besar jejari atom halogen).
      2. daya tarikan antara molekul (daya van der Waals) semakin kuat.lebih banyak tenaga haba diperlukan untuk mengatasi daya antara molekul yang lebih kuat supaya molekul adalah lebih jauh antara satu sama lain semasa peleburan dan pendidihan.

 

Leave a Comment