Semua bahan terdiri daripada jirim. Jirim adalah bahan yang mempunyai jisim dan memenuhi ruang.
Teori zarah jirim
- Jirim ialah sebarang benda yang mempunyai jisim dan memenuhi ruang.
- Semua benda di sekeliling kita sama ada benda hidup atau benda bukan hidup ialah jirim.
- Teori zarah jirim menyatakan bahawa jirim terdiri daripada zarah-zarah halus yang diskrit.
- Zarah-zarah yang membina jirim mungkin ialah
- Atom
Atom ialah zarah neutral yang paling kecil bagi suatu unsur dan boleh mengambil bahagian dalam tindak balas kimia. - Molekul
Atom berpadu secara kimia untuk membentuk zarah-zarah yang lebih besar yang dipatiggil molekul. Molekul ialah zarah neutral yang terdiri daripada dua atau lebih atom yang bergabung dalam kumpulan kecil dan boleh wujud bersendirian. - Ion adalah zarah-zarah bercas yang terhasil daripada atom atau molekul dengan menerima atau kehilangan elektron. Ion bercas positif dipanggil kation, manakala ion bercas negatif dipanggil anion.
- Atom
- Jirim dapat dikelaskan kepada dua kumpulan, iaitu
- Unsur
Sesuatu unsur adalah satu bahan kimia yang tidak boleh dipecahkan kepada bahan kimia yang lebih ringkas, oleh sebarang kaedah fizikal atau kimia. - Sebatian adalah satu bahan yang terdiri daripada dua atau lebih unsur-unsur yang berpadu secara kimia antara satu sama lain.
- Unsur
Bukti-bukti Teori Zarah Jirim
Kewujudan zarah-zarah dalam jirim disokong oleh beberapa pemerhatian seperti berikut:
Resapan Gas
- Eksperimen resapan gas bromin untuk mengesahkan teori zarah jirim
- Setitik cecair bromin dimasukkan ke dalam sebuah balang gas. (Ini dilakukan dalam kebuk wasap kerana wap bromin beracun.)
- Balang gas itu ditutup dengan serta-merta.
- Selepas tempoh lima minit, dapat diperhatikan bahawa cecair bromin as hilang dan wap perang-kemerahan naik dari bahagian bawah ke bahagian
- atas balang gas secara perlahan-lahan sehingga seluruh balang gas dipenuhi dengan wap perang-kemerahan.
- Ini disebabkan cecair merah bromin telah mengewap menjadi wap perang-kemerahan. Wap bromin ini terdiri daripada molekul-molekul halus bromin, yang diskrit serta bergerak secara rawak dan merebak ke semua arah untuk memenuhi ruang-ruang kosong antara zarah-zarah udara.
- Oleh itu, molekul-molekul bromin merebak dari bahagian bawah balang gas yang berkepekatan tinggi ke bahagian alas balang gas yang berkepekatan rendah sehingga satu campuran seragam terbentuk.
- Walaupun wap bromin lebih tumpat daripada udara, perebakan wap bromin dari bawah ke alas balang gas masih berlaku.
- Pergerakan molekul-molekul bromin dalam udara ini disebut resapan.
- Berdasarkan keputusan eksperimen itu, dapat disimpulkan bahawa bromin terdiri daripada zarah-zarah halus yang diskrit. Ini membuktikan teori zarah jirim.
Resapan Dalam Cecair
- Peresapan tidak terhad kepada gas sahaja.
- Oleh kerana zarah-zarah cecair juga sentiasa bergerak, peresapan zarah dalam cecair juga boleh berlaku tetapi dengan kadar yang lebih perlahan.
- Eksperimen pergerakan zarah dalam cecair untuk mengesahkan teori zarah jirim
- Sebuah bikar 500 cm’ diisikan dengan air sehingga hampir penuh.
- Dengan bantuan sebatang penyedut minuman, dua atau tiga ketul kecil hablur kalium manganat(VII) dimasukkan melaluinya ke dalam air.
- Tanpa mengacau kandungan dalam bikar, penyedut minuman dikeluarkan secara perlahan-lahan. Biarkan beberapa jam.
- Dapat diperhatikan bahawa hablur kalium manganat(VII) terlarut dalam air selepas beberapa jam dan warna ungu naik dari bahagian bawah ke bahagian alas bikar secara perlahan-lahan sehingga seluruh air berwarna ungu.
- Ini disebabkan hablur kalium manganat(VII) terdiri daripada ion-ion kalium, dan ion-ion manganat(VII), Mn04 yang halus dan diskrit.
- Ion-ion manganat(VII) berwarna ungu. Ion-ion ini terpisah daripada pepejal kalium manganat(VII) dan bergerak secara rawak untuk memenuhi ruang antara zarah-zarah air sehingga seluruh air menjadi ungu.
- Berdasarkan keputusan eksperimen di atas, dapat disimpulkan bahawa kalium manganat(VII) terdiri daripada ion-ion (zarah-zarah) halus yang diskrit. Kesimpulan ini membuktikan teori zarah jirim.
Resapan dalam Pepejal
- Oleh kerana zarah-zarah dalam pepejal disusun dengan rapat, peresapan zarahzarah lain dalam pepejal itu akan berlaku dengan amat perlahan.
- Namun pergerakan zarah dalam pepejal juga boleh digunakan sebagai bukti untuk menyokong teori zarah jirim.
- Eksperimen pergerakan zarah dalam pepejal untuk mengesahkan teori zarah jirim
- Larutan agar-agar (5%) yang panas dimasukkan ke dalam sebuah tabung uji sehingga hampir penuh.
- Agar-agar itu dibiarkan menyejuk dan memejal di atas rak.
- Kemudian seketul hablur kuprum(II) sulfat diletakkan di alas agar-agar itu dan tabung uji ditutup dengan gabus.
- Tabung uji ini ditelangkupkan dan diapitkan pada kaki retort.
- Selepas dua hari, dapat diperhatikan bahawa warna biru merebak ke dalam agar-agar dari bawah ke alas tabung uji itu.
- Ini disebabkan hablur kuprum(II) sulfat terdiri daripada ion-ion kuprum(II), Cu2+ dan ion-ion sulfat, S042- yang halus dan diskrit. Ion-ion Cu2+ berwarna biru). Ion-ion ini terpisah daripada pepejal kuprum(II) sulfat dan bergerak dalam semua arch secara perlahan-lahan untuk memenuhi ruang antara zarah-zarah agar-agar. Oleh itu, ion-ion ini meresap melalui agar-agar sehingga warna birunya terus merebak ke atas.
- Berdasarkan keputusan eksperimen ini, dapat disimpulkan bahawa kuprum(II) sulfat terdiri daripada ion-ion (zarah-zarah) halus yang diskrit. Kesimpulan ini sekali lagi membuktikan teori zarah jirim.