Tiga Keadaan Jirim

Teori Kinetik Jirim

  1. Teori kinetik dikemukakan untuk menerangkan dan menguraikan kelakuan gas, cecair dan juga pepejal.
  2. Mengikut teori kinetik jirim,
    1. semua jirim terdiri daripada zarah-zarah yang sentiasa bergerak.
    2. Zarah-zarah sentiasa berlanggara antara satu sama lain.
    3. Halaju dan tenaga kinetik zarah bergantung kepada suhunya. Jika suhu
      bertambah, zarah bergerak dengan leĀ­ih cepat dan tenaga kinetik bertambah.
    4. Pada satu suhu tetap, jumlah tenaga kinetik adalah tetap.
    5. Zarah-zarah dengan keadaan fizik yang berbeza mempunyai corak susunan yang berbeza. Zarah-zarah pepejal tersusun dan sangat rapat antara satu sama lain. Zarah-zarah cecair adalah rapat antara satu sama lain, tetapi tidak tersusun. Zarah-zarah gas adalah jauh antara satu sama lain

Keadaan Jirim

Pepejal Cecair Gas
Susunan zarah Zarah-zarah tersusun padat dan bersentuhan antara satu sama lain dengan ruang antara zarah yang kecil. Zarah-zarah tidak tersusun dengan padat. Terdapat ruang kosong di antara zarah-zarah tetapi zarahzarah masih bersentuhan antara satu sama lain. Zarah-zarah tidak tersusun dengan padat. Terdapat banyak ruang kosong di antara zarah-zarah.
Daya tarikan antara zarah Daya tarikan di antara zarah-zarah adalah sangat kuat. Kurang kuat berbanding pepejal Sangat lemah. Boleh diabaikan.
Pergerakan zarah Zarah-zarah hanya dapat bergetar dan berputar pada kedudukan yang tetap Zarah-zarah dapat bergetar, berputar dan bergerak ke seluruh cecair. Zarah-zarah sentiasa berlanggar antara satu sama lain. Bergerak pantas, bebas, dan secara rawak ke semua arah, berlanggar dan melantun antara satu sama lain.
Kandanguan tenaga zarah-zarah Tenaga kinetik adalah rendah Kandungan tenaga kinetik zarah-zarah adalah sederhana tinggi. Kandungan tenaga kinetik zarah-zarah adalah paling tinggi.
Isipadu dan Bentuk Isi padu dan bentuk yang tetap. Isi padu yang tetap tetapi bentuk tidak tetap (mengikut bentuk bekas). Gas tidak mempunyai isi padu dan bentuk yang tetap.

Leave a Comment