- Unsur-unsur Kumpulan 18 dikenali sebapi gas adi atau gas nadir.
- Unsur-unsur Kumpulan 18 terdiri daripada helium, neon, argon, kripton, xenon dan radon.
Sifat-sifat Fizik Unsur-unsur Kumpulan 18
- Unsur-unsur Kumpulan 18 atau gas-gas adi
- mempunyai takat lebur dan takat didih yang rendah
- wujud sebagai gas tanpa warna pada suhu bilik
- adalah konduktor haba yang lemah
- tidak mengkonduksikan tenaga elektrik
- tidak larut dalam air
- mempunyai ketumpatan yang rendah
- Sifat fizik unsur Kumpulan 18 berubah secara beransur-ansur apabila menuruni kumpulan. Ini adalah kerana saiz atom semakin bertambah apabila menuruni kumpulan.
- Ketumpatan unsur semakin bertambah apabila menuruni kumpulan. Ini adalah disebabkan pertambahan jisim atom lebih banyak berbanding dengan pertambahan jejari atom (isi padu atom).
- Takat didih dan takat lebur gas adi meningkat semakin menuruni kumpulan kerana
- jejari atom semakin besar
- daya tarikan (daya van der Waals’) antara atom yang berdekatan semakin kuat.
Oleh itu, lebih banyak tenaga haba diperlukan untuk mengatasi daya tarikan yang kuat antara atom-atom semasa peleburan atau pendidihan.
Sifat Kimia Unsur-unsur Kumpulan 18
- Gas adi adalah lengai iaitu is tidak Naiad secara kimia. Gas adi tidak bertindak balas dengan unsur-unsur yang lain.
- Gas adi wujud sebagai monatom.
- Gas adi adalah lengai kerana petala elektron terluarnya telah diisi penuh dengan elektron. Maka
- ianya telah mencapai susunan elektron yang
- Helium mempunyai genap dua elektron dalam petala elektron yang pertama.
- Ia telah mencapai susunan elektron duplet yang stabil.
- Gas adi yang lain mempunyai lapan elektron dalam petala elektron terluamya.
- Mereka telah mencapai susunan elektron oktet yang stabil.
- Maka gas adi tidak perlu menerima, menderma atau berkongsi elektron dengan unsur-unsur yang lain dan wujud sebagai monotom. (Semua tindak balas kimia melibatkan sama ada penerimaan, pendermaan atau perkongsian elektron di antara unsur-unsur).