Susunan Elektron dalam Atom

  1. Konfigurasi elektron bagi sesuatu atom ialah suatu susunan elektron yang menunjukkan bagaimana elektron-elektron dalam satu atom unsur ditempatkan dalam petala-petala ( orbit-orbit ) yang mengelilingi nukleus.
  2. Atom terdiri daripada nukleus yang dikelilingi oleh elektron bercas negatif. Elektron-elektron ini bergerak dalam jalur tenaga tertentu yang dikenali sebagai petala elektron.
  3. Elektron-elektron bergerak mengelilingi nukleus seperti planet-planet bergerak mengelilingi Matahari dalam orbit-orbit yang tetap.
  4. Setiap petala elektron mampu memuatkan sebilangan elektron yang tertentu sahaja kerana setiap petala mempunyai aras tenaga yang tertentu.
  5. Corak susunan elektron dalam sesuatu atom dikenali sebagai konfigurasi elektron atau susunan elektron.
  6. Petala yang pertama adalah yang paling dekat dengan nukleus dan boleh menampung bilangan maksimum 2 elektron. Ini dikenali sebagai duplet.
  7. Petala kedua boleh menampung sehingga 8 elektron. Ini dikenali sebagai oktet.
  8. Petala ketiga boleh menampung bilangan maksimum 8 elektron bagi atom unsur-unsur yang mempunyai nombor proton 1-20. Petala ketiga boleh menampung bilangan maksimum 18 elektron bagi atom-atom yang lebih besar.
  9. Elektron di petala terluar sekali dinamakan sebagai elektron valens. Ia menentukan sifat-sifat kimia atom itu.
  10. Jadual di bawah menunjukkan bagaimana konfigurasi elektron bagi 20 unsur yang pertama dalam jadual berkala ditentukan.
Unsur Nombor Proton Bilangan Electron Bilangan Elektron dalam petal Susunan Elektron
Pertama Ke-2 Ke-3 Ke-4
Hidrogen 1 1 1 0 0 0 1
Helium 2 2 2 0 0 0 2
Litium 3 3 2 1 0 0 2.1
Berillium 4 4 2 2 0 0 2.2
Boron 5 5 2 3 0 0 2.3
Karbon 6 6 2 4 0 0 2.4
Nitrogen 7 7 2 5 0 0 2.5
Oksigen 8 8 2 6 0 0 2.6
Florin 9 9 2 7 0 0 2.7
Neon 10 10 2 8 0 0 2.8
Natrium 11 11 2 8 1 0 2.8.1
Magnesium 12 12 2 8 2 0 2.8.2
Aluminium 13 13 2 8 3 0 2.8.3
Silikon 14 14 2 8 4 0 2.8.4
Fosforus 15 15 2 8 5 0 2.8.5
Sulfur 16 16 2 8 6 0 2.8.6
Klorin 17 17 2 8 7 0 2.8.7
Argon 18 18 2 8 8 0 2.8.8
Kalium 19 19 2 8 8 1 2.8.8.1
Kalsium 20 20 2 8 8 2 2.8.8.2

Leave a Comment