Jadual Berkala Moden

  1. Jadual di bawah menunjukkan Jadual Berkala Moden yang terdiri daripada 118 unsur yang berbeza.
  2. Dalam Jadual Berkala Moden, unsur-unsur disusun secara mengufuk mengikut tertib nomhor proton menaik. Nombor proton bertambah sebanyak satu unit dari kiri ke kanan kala dalam Jadual Berkala.
  3. Unsur-unsur dengan sifat-sifat kimia yang serupa termasuk ke dalam kumpulan yang sama.
  4. Sifat-sifat Jadual Berkala Moden
    1. Ia mengandungi kira-kira 112 unsur yang disusun mengikut tertib penambahan nombor proton.
    2. Turus-turus menegak dikenali sebagai kumpulan. Kumpulan ini terdiri daripada unsur-unsur yang menunjukkan sifat-sifat kimia yang sama. Unsur-unsur ini juga mempunyai bilangan elektron di petala terluar yang sama.
    3. Bagaimanapun, sifat-sifat fizik unsur berubah secara beransur-ansur apabila menuruni sesuatu kumpulan.
    4. Terdapat 18 kumpulan di dalam Jadual Berkala, iaitu Kumpulan 1 – Kumpulan 18.
    5. Beberapa contoh kumpulan:
      1. Kumpulan 1 — dipanggil “logam alkali”
      2. Kumpulan 2— dipanggil “logam alkali bumi”
      3. Kumpulan 17 — dipanggil “halogen”
      4. Kumpulan 18 — dipanggil “gas adi”
      5. Antara Kumpulan 2 dan 13, terletak satu blok unsur-unsur berasingan yang dipanggil unsur-unsur peralihan. Semua unsur peralihan bersifat logam dan kesemuanya menunjukkan sifat-sifat fizik logam.
  5. Turus-turus mengufuk dalam Jadual Berkala dipanggil Kala .
  6. Jadual Berkala Moden mempunyai tujuh kala, iaitu Kala 1 hingga 7.
    1. Kala 1 mengandungi hanya dua unsur, hidrogen, H dan helium, He.
    2. Kala 2 mempunyai 8 unsur.
    3. Kala 3 juga mempunyai 8 unsur
    4. Kala 4 dan Kala 5 mempunyai 18 unsur masing-masing.
    5. Kala 6 mempunyai 32 unsur yang tidak dapat dimasukkan dalam turus mengufuk yang sama. Unsur dengan nombor atom 58 hingga 71 disenaraikan secara berasingan di bahagian bawah Jadual Berkala. Siri unsur ini dinamakan siri lantinida.
    6. Dalam kala 7, unsur-unsur dengan nombor proton 90 hingga 103 juga diletakkan di bawah jadual tersebut. Siri unsur ini dikenali sebagai aktinida.
    7. Dalam Kala 7, 23 unsur itu juga tidak dapat dimasukkan ke dalam turns mengufuk yang sama. Jadi, unsur dengan nombor atom 90 hingga 103 disenaraikan secara berasingan di bawah Jadual Berkala. Siri unsur ini dinamakan siri aktinida.
  7. Setiap kala mengandungi unsur-unsur dengan sifat kimia dan sifat fizikal yang berubah secara beransur-ansur daripada logam kepada bukan logam.

Leave a Comment