Unsur-unsur peralihan dijumpai di bahagian tengah Jadual Berkala, terletak antara Kumpulan 2 dengan 13.
Sifat-sifat unsur peralihan
- Saiz atom merentas kala: saiz atom bagi unsur-unsur peralihan dalam Kala yang sama adalah lebih kurang sama.
- Semua unsur peralihan ialah logam dan mempunyai sifat-sifat seperti berikut:
- pepejal dengan permukaan yang berkilat.
- takat lebur dan takat didih yang tinggi
- bersifat mulur dan dapat ditempa.
- konduktor haba dan elektrik yang baik
- sangatkeras
- ketumpatan yang tinggi.
Ciri-ciri Istimewa Unsur-unsur Peralihan
- Semua unsur peralihan mempunyai empat ciri istimewa seperti berikut:
- Membentuk ion atau sebatian yang berwarna.
Contoh:Ion-ion Warna Ion ferum(II) hijau muda Ion ferum(III) perang/ kuning-keperangan Ion nikel(II) hijau kuprum(II) biru kromium(III) hijau mangan(II) merah jambu muda kobalt(II) merah jambu manganat(VII) ungu kromat(VI) kuning dikromat(VI) jingga - Menunjukkan nombor nengoksidaan yang berbeza dalam sebatian.
Contoh:Unsur Nombor Pengoksidaan Besi +2 dan +3 Nikel +2 dan +3 Kuprum +1 dan +2 Mangan +2, +3, +4, +6, dan +7 Kromium +2, +3, dan +6 - Membentuk ion kompleks.
Contoh:Ion Formula Ion tetraaminakuprum(II) [Cu(NH3)4]2+ Ion heksasianoferat(III) [Fe(CN)6]3- Ion heksasianoferat(II) [Fe(CN)6]4- Ion heksaakuaferat(II) [Fe(H2O)6]2+ - Bertindak sebagai mangkin. (Mangkin ialah bahan kimia yang dapat meningkatkan kadar suatu tindak balas kimia.)
Contoh:Mangkin Process Ferum Proses Haber Platinum Proses Ostwald Vanadium(V) Proses Sentuh Nikel/Platinum Penghidrogenan Marjerin
- Membentuk ion atau sebatian yang berwarna.