Unsur-unsur dalam Kala

  1. Turus-turus mendatar dikenali sebagai Kala. Ada tujuh kala kesemuanya. Tiga kala yang pertama adalah kala-kala pendek. Kala 1 mengandungi 2 unsur. Kala 2 dan 3 mengandungi 8 unsur tiap-tiap satunya. Kala 4 dan 5 terdiri dari 18 unsur dan kala 6, 32 unsur. (Ini adalah kala-kala panjang).
  2. Apabila merentasi suatu kala dalam Jadual Berkala, terdapat penambahan satu proton pada atom setiap unsur. Bilangan petala yang berisi elektron adalah sama tetapi bilangan elektron valens bertambah sebanyak satu pada atom berturutan.
  3. Apabila merentasi satu kala, sifat-sifat kimia dan fizikal bagi unsur-unsur berubah mengikut corak-corak yang tertentu.

Kala 3

  1. Unsur-unsur dalam Kala 3 termasuk natrium (Na), magnesium (Mg), aluminium (Al), silikon (Si), fosforus (P), sulfur (S), klorin (Cl), dan argon (Ar).
  2. Apabila merentasi Kala 3 dalam Jadual Berkala, iaitu dari natrium hingga argon, sifat kimia dan sifat fizik unsur berubah seperti berikut.
    1. Jejari atom (saiz atom) berkurangan.
    2. keelektronegatifan meningkat
    3. Takat lebur dan takat didih semakin bertambah apabila merentasi kala daripada natrium ke silikon, kemudian berkurang semula.
    4. unsur-unsur berubah daripada pepejal kepada gas.

Mengapakah jejari atom semakin bertambah apabila merentasi kala dari kiri ke kanan?

  1. Nombor proton unsur bertambah apabila merentasi kala dari kiri ke kanan. Ini bermakna bilangan proton dalam atom meningkat.
  2. Oleh itu, bilangan cas positif (proton) di dalam nukleus suatu atom juga bertambah. Daya tarikan antara nukleus positif dan elektron di dalam setiap petala elektron semakin kuat.
  3. Bagaimanapun, dalam kala yang sama, atom-atom mempunyai bilangan petala berisi elektron yang sama.
  4. Hakikatnya, elektron-elektron di setiap petala atom tertarik lebih dekat dengan nukleus. Oleh itu, jejari atom semakin kecil.

Mengapakah keelektronegatifan meningkat merentasi Kala 3 dari kiri ke kanan?

  1. Saiz atom semakin kecil dan elektron valens semakin dekat dengan nucleus (jejari atom berkurang).(Keelektronegatifan adalah satu ukuran keupayaan suatu unsur menarik elektron.)
  2. Bilangan proton dalam nukleus bertambah merentasi kala.
  3. Penambahan bilangan proton dan pengurangan jejari atom menyebabkan daya tarikan di antara proton dalam nukleus dan elektron menjadi semakin kuat. Maka keelektronegatifan bertambah apabila merentasi kala
Perubahan Sifat-sifat Logam
  1. Sifat kelogaman unsur-unsur semakin berkurangan (Daripada logam (natrium, magnesium, aluminium) kepada separuh logam (silikon), dan kemudian bukan logam (fosforus, sulfur, klorin, dan argon).
  2. Silikon mempunyai sifat logam dan bukan logam. Ia dikenali sebagai metaloid atau separa logam.
  3. Separuh logam merupakan konduktor elektrik yang lemah. Kekonduksian elektrik bagi separuh logam adalah sederhana, iaitu antara logam dan penebat elektrik.
  4. Walau bagaimanapun, separuh logam menjadi konduktor elektrik yang baik pada suhu yang tinggi.
  5. Separuh logam seperti silikon dan germanium digunakan sebagai semikonduktor digunakan secara meluas dalam penghasilan mikrocip electronik yang digunakan dalam peralatan mikroelektronik.

Leave a Comment