Unsur-unsur Peralihan

Unsur-unsur peralihan dijumpai di bahagian tengah Jadual Berkala, terletak antara Kumpulan 2 dengan 13.

Sifat-sifat unsur peralihan

  1. Saiz atom merentas kala: saiz atom bagi unsur-unsur peralihan dalam Kala yang sama adalah lebih kurang sama.
  2. Semua unsur peralihan ialah logam dan mempunyai sifat-sifat seperti berikut:
    1. pepejal dengan permukaan yang berkilat.
    2. takat lebur dan takat didih yang tinggi
    3. bersifat mulur dan dapat ditempa.
    4. konduktor haba dan elektrik yang baik
    5. sangatkeras
    6. ketumpatan yang tinggi.

Ciri-ciri Istimewa Unsur-unsur Peralihan

  1. Semua unsur peralihan mempunyai empat ciri istimewa seperti berikut:
    1. Membentuk ion atau sebatian yang berwarna.
      Contoh:

      Ion-ion Warna
      Ion ferum(II) hijau muda
      Ion ferum(III) perang/ kuning-keperangan
      Ion nikel(II) hijau
      kuprum(II) biru
      kromium(III)  hijau
      mangan(II)  merah jambu muda
      kobalt(II)  merah jambu
      manganat(VII)  ungu
      kromat(VI)  kuning
      dikromat(VI)  jingga
    2. Menunjukkan nombor nengoksidaan yang berbeza dalam sebatian.
      Contoh:

      Unsur Nombor Pengoksidaan
      Besi +2 dan +3
      Nikel +2 dan +3
      Kuprum +1 dan +2
      Mangan +2, +3, +4, +6, dan +7
      Kromium +2, +3, dan +6
    3. Membentuk ion kompleks.
      Contoh:

      Ion Formula
      Ion tetraaminakuprum(II) [Cu(NH3)4]2+
      Ion heksasianoferat(III) [Fe(CN)6]3-
      Ion heksasianoferat(II) [Fe(CN)6]4-
      Ion heksaakuaferat(II) [Fe(H2O)6]2+
    4. Bertindak sebagai mangkin. (Mangkin ialah bahan kimia yang dapat meningkatkan kadar suatu tindak balas kimia.)
      Contoh:

      Mangkin Process
      Ferum Proses Haber
      Platinum Proses Ostwald
      Vanadium(V) Proses Sentuh
      Nikel/Platinum Penghidrogenan Marjerin

 

Leave a Comment