- Elektrolisis ialah process penguraian suatu elektrolit kepada unsur-unsur juzuknya apabila mengkonduksikan elektrik.
- Sel elektrolisis ialah susunan radas yang disediakan untuk menjalankan proses elektrolisis.
- Sel elektrolsis terdiri daripada tiga komponen, iaitu
- bateri sebagai sumber elektrik
- elektrolit
- elektrod
- Bateri aatau sel adalah sumber tenaga elektrik.
- Elektrolit merupakan cecair (atau leburan) atau larutan akueus yang mengandungi ion-ion yang bebvas bergerak.
- Elektrod ialah rod logam atau rod grafit yang disambung kepada sel melalui wayar.
- Elektrod yang disambung kepada terminal negatif sel merupakan elektrod negatif dan dinamakan sebagai katod.
- Elektrod yang disambung kepada terminal positif sel merupakan elektrod positif dan dinamakan sebagai anod.
- Dalam process elektrolisis, tenaga elektrik dibekalkan untuk mendorong berlakunya tindak balas kimia. Oleh itu, terdapat perubahan tenaga daripada tenaga elektrik kepada tenaga kimia.
Proses Elektrolisis
- Terdapat tiga proses dalam elektrolisis:
- Pergerakan electron-elektron
- Pergerakan ion-ion
- Process nyahcas
- Pergerakan Elektron:
- Dalam proses elektrolisis, sel elektrik menggerakkan elektron-elektron dilitar luar.
- Ini menyebabkan elektrod yang disambung kepada terminal positif sel bercas positif dan elektrod yang disambung kepada terminal negatif bercas negatif.
- Di litar luar, elektron mengalir dari anod ke katod melalui wayar.
- Pergerakan Ion:
- Elektrolit mengandungi ion-ion yang bergerak bebas. Oleh itu, ia boleh mengkonduksikan elektrik.
- Ion positif dikenali sebagai kation dan ion negatif dikenali sebagai anion.
- Dalam proses elektrolisis, kation (ion positif) ditarik ke elektrod negatif (katod) manakala anion (ion negatif) pula ditarik ke elektrod positif (anod).
- Process Nyahcas:
- Proses nyacas ialah proses menerima atau melepaskan elektron pada permukaan elektrod.
- Apabila ion-ion dinyahcaskan, ia kehilangan casnya dan membentuk atom atau molekul neutral.
- Di sekitar katod, kation menerima elektron daripada katod dan menghasilkan atom atau molekul yang neutral.
- Di sekitar anod, anion dinyahcaskan dengan melepaskan elektronnya kepada anod.