Elektrolisis

  1. Elektrolisis ialah process penguraian suatu elektrolit kepada unsur-unsur juzuknya apabila mengkonduksikan elektrik.
  2. Sel elektrolisis ialah susunan radas yang disediakan untuk menjalankan proses elektrolisis.
  3. Sel elektrolsis terdiri daripada tiga komponen, iaitu
    1. bateri sebagai sumber elektrik
    2. elektrolit
    3. elektrod
  4. Bateri aatau sel adalah sumber tenaga elektrik.
  5. Elektrolit merupakan cecair (atau leburan) atau larutan akueus yang mengandungi ion-ion yang bebvas bergerak.
  6. Elektrod ialah rod logam atau rod grafit yang disambung kepada sel melalui wayar.
  7. Elektrod yang disambung kepada terminal negatif sel merupakan elektrod negatif dan dinamakan sebagai katod.
  8. Elektrod yang disambung kepada terminal positif sel merupakan elektrod positif dan dinamakan sebagai anod.
  9. Dalam process elektrolisis, tenaga elektrik dibekalkan untuk mendorong berlakunya tindak balas kimia. Oleh itu, terdapat perubahan tenaga daripada tenaga elektrik kepada tenaga kimia.
Proses Elektrolisis
  1. Terdapat tiga proses dalam elektrolisis:
    1. Pergerakan electron-elektron
    2. Pergerakan ion-ion
    3. Process nyahcas
  2. Pergerakan Elektron:
    1. Dalam proses elektrolisis, sel elektrik menggerakkan elektron-elektron dilitar luar.
    2. Ini menyebabkan elektrod yang disambung kepada terminal positif sel bercas positif dan elektrod yang disambung kepada terminal negatif bercas negatif.
    3. Di litar luar, elektron mengalir dari anod ke katod melalui wayar.
  3. Pergerakan Ion:
    1. Elektrolit mengandungi ion-ion yang bergerak bebas. Oleh itu, ia boleh mengkonduksikan elektrik.
    2. Ion positif dikenali sebagai kation dan ion negatif dikenali sebagai anion.
    3. Dalam proses elektrolisis, kation (ion positif) ditarik ke elektrod negatif (katod) manakala anion (ion negatif) pula ditarik ke elektrod positif (anod).
  4. Process Nyahcas:
    1. Proses nyacas ialah proses menerima atau melepaskan elektron pada permukaan elektrod.
    2. Apabila ion-ion dinyahcaskan, ia kehilangan casnya dan membentuk atom atau molekul neutral.
    3. Di sekitar katod, kation menerima elektron daripada katod dan menghasilkan atom atau molekul yang neutral.
    4. Di sekitar anod, anion dinyahcaskan dengan melepaskan elektronnya kepada anod.

 

Leave a Comment