Persamaan Setengah dan Persamaan Keseluruhan dalam Elektrolisis

  1. Dalam proses elektrolisis, tindak balas kimia berlaku. Separuh daripada tindak balas ini berlaku di anod dan separuh lagi berlaku di katod.
  2. Persamaan yang menunjukkan tindak balas berlaku di anod atau katod yang melibat ion dan elektron dikenali sebagai persamaan setengah.

Cara menulis persamaan setengah (ion elektron) yang seimbang

Di Anod:
  1. Persamaan setengah di anod menunjukkan anion menderma elektron dan menghasilkan specis yang neutral.
  2. Berikut adalah panduan menulis persamaan setengah yang seimbang di anod.
    1. Langkah 1: Tulis penukaran ion menjadi molekul neutral.
      Xm- → X2
    2. Langkah 2: Seimbangkan bilangan atom di kiri dan kanan persamaan.
      2Xm- → X2
    3. Langkah 3: Seimbangkan cas di kiri dan kanan persamaan dengan menambah elektron ke dalam persamaan. Setiap elektron mempunyai cas -1.
      2Xm- → X2 + 2me

Contoh 1

Tuliskan persamaan setengah apabila ion klorida, Cl dinyahcas di anod.

Jawapan:

Langkah 1: Tulis penukaran ion menjadi molekul neutral.
Cl → Cl2

Langkah 2: Seimbangkan bilangan atom di kiri dan kanan persamaan.
2Cl → Cl2

Langkah 3: Seimbangkan cas di kiri dan kanan persamaan dengan menambah elektron ke dalam persamaan.
2Cl → Cl2 + 2e

 

Contoh 2

Tuliskan persamaan setengah apabila ion oksida, O2- dinyahcas di anod.

Jawapan

Langkah 1: Tulis penukaran ion menjadi molekul neutral.
O2- → O2

Langkah 2: Seimbangkan bilangan atom di kiri dan kanan persamaan.
2O2- → O2

Langkah 3: Seimbangkan cas di kiri dan kanan persamaan dengan menambah elektron ke dalam persamaan.
2O2- → O2 + 4e

 

Contoh 3

Tuliskan persamaan setengah apabila ion hidroksida, OH dinyahcas di anod.

Jawapan

Langkah 1: Tulis penukaran ion menjadi molekul neutral.
OH → O2 + H2O

Langkah 2: Seimbangkan bilangan atom di kiri dan kanan persamaan.
4OH → O2 + 2H2O

Langkah 3: Seimbangkan cas di kiri dan kanan persamaan dengan menambah elektron ke dalam persamaan.
4OH → O2 + 2H2O + 4e

 

Di Katod:
  1. Persamaan setengah di katod menunjukkan kation (ion posotif) memerima elektron dan menghasilkan specis yang neutral.
  2. Berikut adalah panduan menulis persamaan setengah yang seimbang di anod.
    1. Langkah 1: Tulis penukaran ion menjadi molekul/atom neutral.
      Xm- → X
    2. Langkah 2: Seimbangkan bilangan atom di kiri dan kanan persamaan jika perlu. (Biasanya bagi ion hidrogen)
    3. Langkah 3: Seimbangkan cas di kiri dan kanan persamaan dengan menambah elektron ke dalam persamaan. Setiap elektron mempunyai cas -1.
      2Xm- → X2 + 2me

Contoh 4:

Tuliskan persamaan setengah apabila ion plumbum(II), Pb2+ dinyahcas di katod.

Jawapan

Langkah 1: Tulis penukaran ion menjadi molekul/atom neutral.
Pb2+ → Pb

Langkah 2: Seimbangkan bilangan atom di kiri dan kanan persamaan jika perlu. (Biasanya bagi ion hidrogen)

  • Sudah seimbang

Langkah 3: Seimbangkan cas di kiri dan kanan persamaan dengan menambah elektron ke dalam persamaan.
Pb2+ + 2e → Pb

(Perhatikan bahawa elektron ditulis di sebelah kanan persamaan.)

 

Contoh 5:

Tuliskan persamaan setengah apabila ionhidrogen, H+ dinyahcas di katod.

Jawapan

Langkah 1: Tulis penukaran ion menjadi molekul/atom neutral.
H+ → H2

Langkah 2: Seimbangkan bilangan atom di kiri dan kanan persamaan jika perlu. (Biasanya bagi ion hidrogen)

2H+ → H2

Langkah 3: Seimbangkan cas di kiri dan kanan persamaan dengan menambah elektron ke dalam persamaan. Setiap elektron mempunyai cas -1.
2H+ + 2e→ H2

 

Persamaan Keseluruhan
  1. Penambahan dua persamaan setengah di anod dan katod akan menghasilkan persamaan tindak balas keseluruhan.
  2. Katakan persamaan setengah di anod ialah 2O2- → O2 + 4e dan persamaan setengah di katod ialah Pb2+ + 2e → Pb

Maka

Leave a Comment