Elektrolisis Sebatian Lebur

Kation dan anion dalam sebatian lebur

  1. Sebatian ion mengandungi kation dan anion.
  2. Dalam keadaan pepejal, kation dan anion ini tersusun dalam kekisi hablur yang tetap dan tidak bebas bergerak. Oleh itu, ia tidak dapat mengkonduksikan elektrik.
  3. Apabila sesuatu sebatian ion melebur, kation dan anion dalam sebatian itu adalah bebas bergerak. Oleh itu, leburan sebatian ion boleh mengkonduksikan arus elektrik.

Elektrolisis Sebatian Lebur

  1. Semasa elektrolisis, anion (ion negatif) akan tertarik ke anod (elektrod positif).
  2. Di anod, anion akan dinyahcaskan dengan membebaskan elektron ke anod.
  3. Kation (ion positif) pula akan tertarik ke katod (elektrod negatif).
  4. Di katod, kation akan dinyahcaskan dengan menerima elektron dari katod.
Contoh – Elektrolisis Plumbum(II) Bromida Lebur

Ion-ion dalam elektrolit:

  1. Pepejal plumbum(II) bromida melebur menghasilkan ion-ion plumbum(II) dan ion-ion bromide yang bebas bergerak.
    PbBr2 → Pb2+ + 2Br
  2. Dalam proses elektrolisis, ion Pb2+ tertarik ke katod manakala ion Br tertarik ke anod.

Pemerhatian dan Nyacas:

  1. Di katod, logam berwarna kelabu kilat terenap.
  2. Ion-ion plumbum(II) menerima 2 elektron dan membentuk atom-tom plumbum.
    Pb2+ + 2e → Pb
  3. Di anod, gas berwarna perang dan berbau sengit terhasil. Gas ini boleh melunturkan kertas litmus merah lembap.
  4. Ion-ion bromide menderma elektronnya dan membentuk molekul bromin (gas perang).
    2Br → Br2 + 2e

 

Contoh – Elektrolisis Plumbum(II) Oksida Lebur

Ion-ion dalam elektrolit:

  1. Pepejal plumbum(II) oksida melebur menghasilkan ion-ion plumbum(II) dan ion-ion oksida yang bebas bergerak.
    PbO → Pb2+ + O2-
  2. Dalam proses elektrolisis, ion Pb2+ tertarik ke katod manakala ion O2- tertarik ke anod.

Pemerhatian dan Nyacas:

  1. Di katod, logam berwarna kelabu kilat terenap.
  2. Ion-ion plumbum(II) menerima 2 elektron dan membentuk atom-tom plumbum.
    Pb2+ + 2e → Pb
  3. Di anod, gas tidak berwarna terhasil. Gas ini boleh menyalakan kayu uji berbara.
  4. Ion-ion oksida menderma elektronnya dan membentuk molekul oksigen (gas tidak berwarna).
    2O2- → O2 + 4e

 

Contoh – Elektrolisis Natrium Klorida Lebur

 

Ion-ion dalam elektrolit:

  1. Pepejal natrium klorida melebur menghasilkan ion-ion natrium dan ion-ion klorida yang bebas bergerak.
    NaCl → Na+ + Cl
  2. Dalam proses elektrolisis, ion Na+ tertarik ke katod manakala ion Cl tertarik ke anod.

Pemerhatian dan Nyacas:

  1. Di katod, logam berwarna kelabu kilat terenap.
  2. Ion-ion natrium menerima 1 elektron dan membentuk atom-atom natrium.
    Na+ + e → Na
  3. Di anod, gas berwarna kuning kehijauan terhasil. Gas ini boleh melunturkan kertas litmus merah lembap.
  4. Ion-ion bromide menderma elektronnya dan membentuk molekul bromin (gas perang).
    2Cl → Cl2 + 2e

 

Leave a Comment