- Dalam proses elektrolisis, tindak balas kimia berlaku. Separuh daripada tindak balas ini berlaku di anod dan separuh lagi berlaku di katod.
- Persamaan yang menunjukkan tindak balas berlaku di anod atau katod yang melibat ion dan elektron dikenali sebagai persamaan setengah.
Cara menulis persamaan setengah (ion elektron) yang seimbang
Di Anod:
- Persamaan setengah di anod menunjukkan anion menderma elektron dan menghasilkan specis yang neutral.
- Berikut adalah panduan menulis persamaan setengah yang seimbang di anod.
- Langkah 1: Tulis penukaran ion menjadi molekul neutral.
Xm- → X2 - Langkah 2: Seimbangkan bilangan atom di kiri dan kanan persamaan.
2Xm- → X2 - Langkah 3: Seimbangkan cas di kiri dan kanan persamaan dengan menambah elektron ke dalam persamaan. Setiap elektron mempunyai cas -1.
2Xm- → X2 + 2me
- Langkah 1: Tulis penukaran ion menjadi molekul neutral.
Contoh 1
Tuliskan persamaan setengah apabila ion klorida, Cl– dinyahcas di anod.
Jawapan:
Langkah 1: Tulis penukaran ion menjadi molekul neutral.
Cl– → Cl2
Langkah 2: Seimbangkan bilangan atom di kiri dan kanan persamaan.
2Cl– → Cl2
Langkah 3: Seimbangkan cas di kiri dan kanan persamaan dengan menambah elektron ke dalam persamaan.
2Cl– → Cl2 + 2e
Contoh 2
Tuliskan persamaan setengah apabila ion oksida, O2- dinyahcas di anod.
Jawapan
Langkah 1: Tulis penukaran ion menjadi molekul neutral.
O2- → O2
Langkah 2: Seimbangkan bilangan atom di kiri dan kanan persamaan.
2O2- → O2
Langkah 3: Seimbangkan cas di kiri dan kanan persamaan dengan menambah elektron ke dalam persamaan.
2O2- → O2 + 4e
Contoh 3
Tuliskan persamaan setengah apabila ion hidroksida, OH– dinyahcas di anod.
Jawapan
Langkah 1: Tulis penukaran ion menjadi molekul neutral.
OH– → O2 + H2O
Langkah 2: Seimbangkan bilangan atom di kiri dan kanan persamaan.
4OH– → O2 + 2H2O
Langkah 3: Seimbangkan cas di kiri dan kanan persamaan dengan menambah elektron ke dalam persamaan.
4OH– → O2 + 2H2O + 4e
Di Katod:
- Persamaan setengah di katod menunjukkan kation (ion posotif) memerima elektron dan menghasilkan specis yang neutral.
- Berikut adalah panduan menulis persamaan setengah yang seimbang di anod.
- Langkah 1: Tulis penukaran ion menjadi molekul/atom neutral.
Xm- → X - Langkah 2: Seimbangkan bilangan atom di kiri dan kanan persamaan jika perlu. (Biasanya bagi ion hidrogen)
- Langkah 3: Seimbangkan cas di kiri dan kanan persamaan dengan menambah elektron ke dalam persamaan. Setiap elektron mempunyai cas -1.
2Xm- → X2 + 2me
- Langkah 1: Tulis penukaran ion menjadi molekul/atom neutral.
Contoh 4:
Tuliskan persamaan setengah apabila ion plumbum(II), Pb2+ dinyahcas di katod.
Jawapan
Langkah 1: Tulis penukaran ion menjadi molekul/atom neutral.
Pb2+ → Pb
Langkah 2: Seimbangkan bilangan atom di kiri dan kanan persamaan jika perlu. (Biasanya bagi ion hidrogen)
- Sudah seimbang
Langkah 3: Seimbangkan cas di kiri dan kanan persamaan dengan menambah elektron ke dalam persamaan.
Pb2+ + 2e → Pb
(Perhatikan bahawa elektron ditulis di sebelah kanan persamaan.)
Contoh 5:
Tuliskan persamaan setengah apabila ionhidrogen, H+ dinyahcas di katod.
Jawapan
Langkah 1: Tulis penukaran ion menjadi molekul/atom neutral.
H+ → H2
Langkah 2: Seimbangkan bilangan atom di kiri dan kanan persamaan jika perlu. (Biasanya bagi ion hidrogen)
2H+ → H2
Langkah 3: Seimbangkan cas di kiri dan kanan persamaan dengan menambah elektron ke dalam persamaan. Setiap elektron mempunyai cas -1.
2H+ + 2e→ H2
Persamaan Keseluruhan
- Penambahan dua persamaan setengah di anod dan katod akan menghasilkan persamaan tindak balas keseluruhan.
- Katakan persamaan setengah di anod ialah 2O2- → O2 + 4e dan persamaan setengah di katod ialah Pb2+ + 2e → Pb
Maka