- Unsur unsur kumpulan 17 ialah unsur-unsur bukan logam yang sangat reaktif.
- Unsur-unsur Kumpulan 17 mempunyai sifat kimia yang sama kerana mempunyai bilangan elektron valens yang sama, iaitu 7 elektron di petala terluar. Bagaimanapun, kereaktifan setiap unsur ini adalah berbeza.
- Semasa tindak balas kimia, atom unsur Kumpulan 17 akan menerima satu elektron untuk mencapai susunan elektron oktet yang stabil dan membentuk ion bercas -1.
- Kereaktifan unsur Kumpulan 17 bergantung kepada keupayaan atom unsur itu menerima satu elektron ke petala terluarnya untuk mencapai susunan elektron oktet yang stabil. Atom yang dapat menerima satu elektron dengan lebih senang adalah lebih reaktif.
Tindak Balas Unsur-unsur Kumpulan 17
Tindak Balas Dengan Air
Unsur-unsur halogen X bertindak balas dengan air untuk membentuk asid HX dan asid HOX. Iaitu
X2 + H20 → HX + HOX
Contohnya, gas klorin bertindak balas dengan air untuk menghasilkan asid hidroklorik dan asid hipoklorus.
C12 + H2O → HCl + HOCl
HCl: Asid hidroklorik
HOCl: Asid hipoklorus
Tindak Balas Dengan Logam
Unsur-unsur halogen bertindak balas dengan ferum panas untuk membentuk pepejal perang ferum(III) halida, FeX3. Iaitu
3X2 + 2Fe → 2FeX3
Contohnya, gas lklorin bertindak balas dengan wul besi untuk membentuk ferum(III) klorida.
3C12 + 2Fe → 2FeCl3
Tindak Balas Dengan Natrium Hidroksida
Unsur-unsur halogen bertindak balas dengan larutan natrium hidroksida, NaOH untuk membentuk natrium halida, NaX, natrium halat(I), NaOX dan air.
X2 + 2NaOH → NaX + NaOX + H2O
Contohnya, klorin bertindak balas dengan larutan natrium hidroksida untuk menghasilkan natrium klorida, natrium klorat(I) dan air.
Cl2 + 2NaOH → NaCl + NaOCl + H2O
Penerangan Perubahan Kereaktifan Unsur-unsur Kumpulan 17
- Apabila menuruni Kumpulan 17, saiz atom semakin bertambah.
- Petala terluar berisi elektron bagi setiap atom halogen semakin jauh daripada nukleus.
- Oleh yang demikian, daya tarikan nukleus terhadap satu elektron menjadi semakin lemah.
- Akibatnya, atom menjadi semakin sukar menerima elektron untuk memenuhi petala terluarnya.
- Jadi, kereaktifan unsur Kumpulan 17 semakin berkurang apabila menuruni Kumpulan.