Kation dan anion dalam sebatian lebur
- Sebatian ion mengandungi kation dan anion.
- Dalam keadaan pepejal, kation dan anion ini tersusun dalam kekisi hablur yang tetap dan tidak bebas bergerak. Oleh itu, ia tidak dapat mengkonduksikan elektrik.
- Apabila sesuatu sebatian ion melebur, kation dan anion dalam sebatian itu adalah bebas bergerak. Oleh itu, leburan sebatian ion boleh mengkonduksikan arus elektrik.
Elektrolisis Sebatian Lebur
- Semasa elektrolisis, anion (ion negatif) akan tertarik ke anod (elektrod positif).
- Di anod, anion akan dinyahcaskan dengan membebaskan elektron ke anod.
- Kation (ion positif) pula akan tertarik ke katod (elektrod negatif).
- Di katod, kation akan dinyahcaskan dengan menerima elektron dari katod.
Contoh – Elektrolisis Plumbum(II) Bromida Lebur
Ion-ion dalam elektrolit:
- Pepejal plumbum(II) bromida melebur menghasilkan ion-ion plumbum(II) dan ion-ion bromide yang bebas bergerak.
PbBr2 → Pb2+ + 2Br– - Dalam proses elektrolisis, ion Pb2+ tertarik ke katod manakala ion Br– tertarik ke anod.
Pemerhatian dan Nyacas:
- Di katod, logam berwarna kelabu kilat terenap.
- Ion-ion plumbum(II) menerima 2 elektron dan membentuk atom-tom plumbum.
Pb2+ + 2e → Pb - Di anod, gas berwarna perang dan berbau sengit terhasil. Gas ini boleh melunturkan kertas litmus merah lembap.
- Ion-ion bromide menderma elektronnya dan membentuk molekul bromin (gas perang).
2Br– → Br2 + 2e
Contoh – Elektrolisis Plumbum(II) Oksida Lebur
Ion-ion dalam elektrolit:
- Pepejal plumbum(II) oksida melebur menghasilkan ion-ion plumbum(II) dan ion-ion oksida yang bebas bergerak.
PbO → Pb2+ + O2- - Dalam proses elektrolisis, ion Pb2+ tertarik ke katod manakala ion O2- tertarik ke anod.
Pemerhatian dan Nyacas:
- Di katod, logam berwarna kelabu kilat terenap.
- Ion-ion plumbum(II) menerima 2 elektron dan membentuk atom-tom plumbum.
Pb2+ + 2e → Pb - Di anod, gas tidak berwarna terhasil. Gas ini boleh menyalakan kayu uji berbara.
- Ion-ion oksida menderma elektronnya dan membentuk molekul oksigen (gas tidak berwarna).
2O2- → O2 + 4e
Contoh – Elektrolisis Natrium Klorida Lebur
Ion-ion dalam elektrolit:
- Pepejal natrium klorida melebur menghasilkan ion-ion natrium dan ion-ion klorida yang bebas bergerak.
NaCl → Na+ + Cl– - Dalam proses elektrolisis, ion Na+ tertarik ke katod manakala ion Cl– tertarik ke anod.
Pemerhatian dan Nyacas:
- Di katod, logam berwarna kelabu kilat terenap.
- Ion-ion natrium menerima 1 elektron dan membentuk atom-atom natrium.
Na+ + e → Na - Di anod, gas berwarna kuning kehijauan terhasil. Gas ini boleh melunturkan kertas litmus merah lembap.
- Ion-ion bromide menderma elektronnya dan membentuk molekul bromin (gas perang).
2Cl– → Cl2 + 2e