Pengenalan Kepada Jadual Berkala

  1. Untuk membolehkan pengkajian mengenai unsur-unsur dan sebatian-sebatian mereka menjadi lebih senang dan bersistem, berbagai-bagai jenis pengkelasan telah dibuat. Contohnya:
    1. Unsur-unsur dikelaskan kepada logam-logam dan bukan logam.
    2. Siri Elektrokimia menyusun logam-logam mengikut tertib kereaktifan.
  2. Jadual Berkala adalah pada asasnya suatu pengkelasan bagi semua unsur ke dalam kumpulan-kumpulan dengan sifat-sifat yang serupa. Dengan menyusun unsur-unsur dalam satu cara tertentu, hubungan antara berbagai-bagai unsur boleh dilihat; pengkajian kimia unsur-unsur dan sebatian-sebatian mereka menjadi lebih bersistem.
  3. Berikut adalah disenaraikan di antara kegunaan-kegunaan dan kepentingan Jadual Berkala:
  1. Unsur-unsur dengan sifat-sifat yang serupa dimasukkan ke dalam kumpulan-kumpulan tertentu; ini memudahkan pengkajian unsur-unsur dan sebatian-sebatian mereka.
  2. Sifat-sifat unsur boleh difahami dengan lebih baik; kedudukan unsur-unsur dalam berbagai kumpulan mempunyai kaitan dengan struktur atom mereka.
  3. Sifat-sifat unsur boleh diramalkan berdasarkan kepada kedudukan unsur-unsur itu dalam Jadual Berkala.
  4. Hubungan antara unsur-unsur yang berlainan akan menjadi lebih mudah difahami.
  5. Maklumat yang penting mengenai sifat-sifat unsur dan sebatian-sebatian mereka boleh didapati dari kajian Jadual Berkala.

SEJARAH PERKEMBANGAN JADUAL BERKALA

Dobereiner
  1. Dalam 1829, Dobereiner menunjukkan bahawa logam-logam kalsium, strontium dan barium mempunyai sifat-sifat kimia yang serupa dan jisim-jisim atom mereka adalah masing-masing 40, 88 dan 137.
  2. Dobereiner menyedari bahawa purata jisim-jisim atom kalsium dan barium adalah hampir dengan jisim atom strontium.
  3. Ia menamakan kumpulan-kumpulan seperti ini sebagai Triad. Contoh-contoh Triad Dobereiner yang lain ialah
  4. Bagaimanapun, triad-triad ini adalah terhad kepada beberapa unsur sahaja.
John Newlands.
  1. Pada tahun 1864, John Newlands menyusun unsur-unsur yang diketahui dalam tertib penambahan jisim atom, dan menunjukkan bahawa sifat-sifat fizikal dan kimia yang serupa akan terdapat pada unsur yang kelapan di dalam siri
  2. Ini membawa kepada hukum oktaf yang dicadangkan olehnya. Berikut adalah sebahagian susunan Newlands mengenai unsur-unsur.
  3. Kita dapati bahawa Newlands meletakkan semua unsur yang diketahui pada masa itu ke dalam satu corak kumpulan-kumpulan yang sama. Bagaimanapun, terdapat kepincangan dalam Jadual Newlands.
Lothar Meyer
  1. Isipadu atom bagi sesuatu unsur adalah isipadu yang ditempati oleh 1 mol atom-atom unsur tersebut.
  2. Contohnya, Ketumpatan besi ialah 7.86 g cm-3 dan Jisim atom relatifnya ialah 56. 1 mol atom Fe = 56 g

Isipadu atom besi = 56/7.86  x 1 cm³ = 7.125 cm³

  1. Lothar Meyer mendapatkan isipadu satu mol atom sesuatu unsur jika Tanya bersifat seperti pepejal.
  2. Kemudia dia melakarkan isipadu atom melawan jisim atom bagi unsur-unsur itu. Hasilnya ialah Lengkungan Isipadu-Atom Lothar Meyer.
  3. Lengkungan Lothar Meyer menunjukkan satu hubungan berkala bagi unsur-unsur berdasarkan nombor proton unsur-unsur.
  4. Didapati bahawa ahli-ahli bagi satu tertentu, unsur-unsur menempati titik-titik yang serupa di atas lengkungan.

Contohnya:

Li, Na, K, Rb: Logam-logam Kumpulan I

F, CI, Br, I: Unsur-unsur Kumpulan VII

Be, Mg, Ca, Sr: Logam-logam Kumpulan II

Mendeleev
  1. Dimitri Mendeleev (1839-1907) ialah seorang ahli kimia Rusia.
  2. Beliau menghasilkan pengkelasan berkala bagi unsur-unsur yang komprehensif dan berjaya buat pertama kalinya.
  3. Bermula daripada hidrogen (unsur yang paling ringan sekali), beliau menyusun semua unsur-unsur yang diketahui pada ketika itu mengikut tertib penambahan jisim-jisim atom relatif.
  4. Beliau berjaya menunjukkan bahawa terdapat satu perkalaan sifat-sifat unsur (iaitu sifat-sifat yang serupa didapati berulang bagi unsur-unsur).
  5. Beliau menyatakan bahawa: “Sifat-sifat unsur adalah fungsi perkalaan jisim atom mereka”.
  6. Mendeleev memperbaiki susunan yang dibuat oleh Newlands dengan meninggalkan tempat-tempat kosong bagi unsur-unsur yang belum diketahui dan membuat senarai yang berasingan bagi beberapa unsur yang tidak boleh dimasukkan ke dalam mana-mana kumpulan, contohnya, Fe, Co, Ni.
  7. Unsur-unsur dengan sifat-sifat kimia yang serupa terdapat di dalam satu kumpulan.
  8. Unsur-unsur di dalam kala yang sama, menunjukkan satu perubahan beransur-ansur bagi sifat-sifat mereka. Beberapa perkara yang penting mengenai sumbangan Mendeleev kepada perkembangan Jadual Berkala boleh disenaraikan seperti berikut:
    1. Beliau meninggalkan tempat-tempat kosong bagi unsur-unsur yang belum diketahui yang mana bila telah dijumpai kemudiannya dapat mengisi tempat-tempat kosong tadi.
    2. Walaupun unsur-unsur telah disusun mengikut tertib jisim atom relatif, beliau mengubah susunan ini jika terdapat anomali dalam susunan. Keutamaan diberi untuk mengumpulkan unsur-unsur yang mumpunyai sifat-sifat yang serupa dalam satu kumpulan, walaupun susunan sebegini tidak mengikut susunan tertib kenaikan jisim atom relatif.
    3. Beliau meramalkan sifat-sifat unsur yang tidak diketahui pada ketika itu (dan dibuktikan benar kemudiannya).
    4. Pengkelasan kala moden adalah berpunca dari kajiannya.
H.J.G. Moseley
  1. Henry Moseley memainkan peranan penting dalam pemodenan Jadual Berkala
  2. Pada tahun 1913, beliau mendapati bahawa sinar-X yang dihasilkan oleh sesuatu logam adalah khusus bagi logam itu sahaja. Frekuensinya boleh dikira dari satu formula matematik yang melibatkan satu integer tertentu berkaitan dengan unsur itu. (Angka ini menyamai nombor kedudukan dalam Jadual Berkala)
  3. Angka ini, yang menentukan sifat-sifat utama suatu unsur, dipanggil nombor atom (kini dinamakan sebagai nombor proton). Nombor ini menyatakan bilangan proton atau elektron di dalam satu atom.
  4. Moseley menjumpai nombor atom bagi banyak unsur.
  5. Kerja Moseley menyebabkan penghasilan Jadual Berkala Moden yang berasaskan kepada nombor atom.
  6. Hukum Berkala yang moden kini dinyatakan: “Sifat-sifat bagi unsur-unsur adalah fungsi berkala nombor-nombor atom mereka.”

Leave a Comment