- Unsur-unsur Kumpulan 1 dikenali sebagai logam alkali kerana unsur-unsur ini bertindak balas dengan air untuk membentuk larutan beralkali.
- Unsur-unsur kumpulan 1 mengikut susunan dari atas ke bawah ialah Litium, (Li), Natrium (Na), Kalium (K), Rubidium (Rb), Sesium (Cs), dan Fransium (Fr).
Sifat-sifat Fizik
- Secara umumnya, unsur-unsur Kumpulan 1 menunjukkan sifat-sifat fizik yang serupa:
- Unsur-unsur kumpulan 1 mempunyai permukaan keperakan yang berkilat pada suhu bilik.
- Unsur-unsur kumpulan 1 adalah logam lembut dan boleh dipotong oleh pisau.
- Unsur-unsur kumpulan 1 mempunyai takat lebur dan takat didih yang agak rendah (berbanding logam-logam lain).
- Unsur-unsur kumpulan 1 ini mempunyai ketumpatan yang rendah (lebih rendah daripada air) dan mengapung atas permukaan air.
- Unsur-unsur ini adalah konduktor haba dan elektrik yang baik.
- Beberapa sifat fizik logam alkali berubah secara beransur-ansur dari atas ke bawah Kumpulan I seperti berikut:
- ketumpatan bertambah dengan bertambahnya jisim atom.
- takat lebur berkurangan; dengan penambahan saiz atom, pengikatan logam yang mengikat atom-atom bersama, berkurangan.
- saiz atom-atom bertambah dengan bertambahnya bilangan petala elektron yang terbina.
- keelektropositifan bertambah, iaitu dengan bertambahnya saiz atom, elektron yang terluar sekali lebih mudah lagi didermakan oleh atom untuk menjadi ion positif M+. Kereaktifan akan bertambah ke bawah kumpulan.
- Semua logam-logam alkali mempunyai pengikatan logam; mereka adalah konduktor haba dan elektrik yang baik. Mereka berkilau akan tetapi adalah logam-logam lembut.