Isotop

  1. Walaupun bilangan proton dalam atom sesuatu unsur adalah tetap, tetapi kadang kala bilangan neutron mungkin berbeza.
  2. Atom-atom yang berbeza bagi unsur yang sama itu dipanggil isotop.
  3. Isotop sesuatu unsur adalah atom unsur tersebut yang mempunyai bilangan neutron yang berbeza tetapi bilangan protonnya adalah sama; iaitu nombor-nombor neutron berlainan tetapi nombor protonnya adalah sama.
  4. Isotop-isotop yang berbeza bagi satu unsur mempunyai bilangan proton yang sama, maka ia juga mempunyai konfigurasi elektron yang sama, dengan ini sifat kimianya juga adalah sama.
  5. Akan tetapi isotop-isotop bagi suatu unsur mempunyai sifat fizik ( ketumpatan, takat lebur, takat didih ) yang berbeza.
  6. Jadual berikut menunjukkan isotop-isotop bagi beberapa unsur.
Unsur Nama Nombor Proton Nombor nukleon Bilangan proton Bilangan neutron
Hidrogen Hidrogen 1 1 1 0
Deuterium 1 12 1 1
Tritium 1 23 1 2
Oksigen Oksigen-16 8 16 8 8
Oksigen-17 8 17 8 9
Oksigen-18 8 18 8 10
Karbon Karbon-12 6 12 6 6
Karbon-13 6 13 6 7
Karbon-14 6 14 6 8
Klorin Klorin-35 17 35 17 18
Klorin-37 17 37 17 20
Natrium Natrium-23 11 23 11 12
Natrium-24 11 24 11 13
Kegunaan isotop
  1. Sesetengah isotop suatu unsur merupakan isotop radioaktif, iaitu radioisotop.
  2. adioisotop mereput dan mengeluarkan pancaran radioaktif yang bertenaga tinggi.
  3. Radioisotop mempunyai kegunaan penting
    1. sebagai sumber tenaga (Contohnya, Uranium-235 dan digunakan untuk menghasilkan tenaga nuklear)
    2. dalam penyelidikan kajian purba (karbon-14 digunakan secara meluas dalam pentarikhan radiokarbon untuk menganggar usia bahan-bahan purba)
    3. dalam perubatan (kobalt-60 digunakan dalam radioterapi untuk merawat penyakit kanser dan juga mensterilkan peralatan pembedahan. Iodin-131 digunakan untuk merawat penyakit kanser dan tiroid)
  4. dalam perindustrian (radioisotop digunakan untuk memeriksa retakan atau kebocoran pada logam dalam talian paip minyak.)

Leave a Comment