Persamaan Setengah dan Persamaan Keseluruhan dalam Elektrolisis

Dalam proses elektrolisis, tindak balas kimia berlaku. Separuh daripada tindak balas ini berlaku di anod dan separuh lagi berlaku di katod. Persamaan yang menunjukkan tindak balas berlaku di anod atau katod yang melibat ion dan elektron dikenali sebagai persamaan setengah. Cara menulis persamaan setengah (ion elektron) yang seimbang Di Anod: Persamaan setengah di anod menunjukkan … Read more

Elektrolisis

Elektrolisis ialah process penguraian suatu elektrolit kepada unsur-unsur juzuknya apabila mengkonduksikan elektrik. Sel elektrolisis ialah susunan radas yang disediakan untuk menjalankan proses elektrolisis. Sel elektrolsis terdiri daripada tiga komponen, iaitu bateri sebagai sumber elektrik elektrolit elektrod Bateri aatau sel adalah sumber tenaga elektrik. Elektrolit merupakan cecair (atau leburan) atau larutan akueus yang mengandungi ion-ion yang … Read more

Elektrolit dan Bukan Elektrolit

Konduktor Konduktor merupakan bahan yang mengkonduksikan elektrik dalam keadaan pepejal atau cecair (leburan) tetapi tidak berubah dari segi kimia semasa kekonduksian. Karbon (grafit) dan logam adalah konduktor elektrik yang biasa digunakan. Karbon dan logam ialah konduktor tetapi bukan elektrolit kerana tidak terurai oleh arus elektrik. Kekonduksian elektrik bagi konduktor adalah disebabkan oleh pengaliran elektron. Elektron … Read more

Kegunaan Sebatian Kovalen Sebagai Pelarut Dalam Kehidupan Harian

Air Sebagai Pelarut Air boleh melarutkan kebanyakan sebatian. Oleh itu, ia dikenali sebagai pelarut semesta. Air merupakan pelarut dwikutub yang boleh melarutkan kebanyakan sebatian ion. Bagaimanapun, kebanyakan sebatian kovalen tidak larut dalam air, tetapi larut dalam pelarut organik. Pelarut Organik Sebatian kovalen mempunyai takat lebur dan takat didih yang rendah. Oleh itu, banyak sebatian kovalen … Read more

Sifat-sifat Fizik Sebatian Ion dan Kovalen

Sebatian ion terdiri daripada ion berlawanan cas, yang ditarik oleh ikatan ionik yang kuat. Ion-ion ini disusun pada kedudukan yang tetap, teratur dan padat dalam struktur raksasa. Kebanyakan sebatian kovalen terdiri daripada molekul-molekul ringkas yang ditarik oleh daya tarikan van der Waals yang lemah antara molekul. Perbezaan sifat fizik antara sebatian ion dan sebatian kovalen … Read more

Struktur Sebatian Ionik dan Kovalen

Struktur Sebatian Ionik Sebatian ion terdiri daripada ion positif dan ion negatif yang ditarik oleh ikatan ionik (daya tarikan elektrostatik) yang kuat. Ion-ion dalam sebatian ionik ini disusun pada kedudukan yang tetap, teratur dan padat dalam struktur raksasa. Rajah di bawah menunjukkan struktur kekisi natrium klorida yang terdiri daripada ion-ion natrium, Na+ dan ion-ion klorida, … Read more

Meramalkan Formula Molekul Kovalen

Meramalkan Formula Sebatian Kovalen Sebatian kovalen terbentuk daripada gabungan unsur-unsur bukan logam. Formula molekul kovalen dapat ditentukan dengan mencari nisbah valensi bagi unsur-unsur bukan logam dalam sebatian itu. Valensi bagi bukan logam ialah bilangan elektron yang diperlukan untuk mencapai susunan elektron duplet atau elektron oktet. Contohnya Unsur-unsur kumpulan 14 mempunyai 4 elektron valens, maka ia … Read more