Pembentukan Ion

Atom adalah neutral kerana bilangan proton adalah sama dengan bilangan elektron. Ion ialah zarah-zarah yang membawa cas Contohnya Na+, O2-, NO3–. Ion terbentuk apabila satu atom melepaskan elektron atau menerima elektron. Hampir semua logam mempunyai 1, 2 dan 3 elektron di petala terluar masing masing. Dalam tindak balas kimia, atom-atom logam cenderung untuk menderma semua elektron … Read more

Unsur-unsur Peralihan

Unsur-unsur peralihan dijumpai di bahagian tengah Jadual Berkala, terletak antara Kumpulan 2 dengan 13. Sifat-sifat unsur peralihan Saiz atom merentas kala: saiz atom bagi unsur-unsur peralihan dalam Kala yang sama adalah lebih kurang sama. Semua unsur peralihan ialah logam dan mempunyai sifat-sifat seperti berikut: pepejal dengan permukaan yang berkilat. takat lebur dan takat didih yang … Read more

Unsur-unsur dalam Kala

Turus-turus mendatar dikenali sebagai Kala. Ada tujuh kala kesemuanya. Tiga kala yang pertama adalah kala-kala pendek. Kala 1 mengandungi 2 unsur. Kala 2 dan 3 mengandungi 8 unsur tiap-tiap satunya. Kala 4 dan 5 terdiri dari 18 unsur dan kala 6, 32 unsur. (Ini adalah kala-kala panjang). Apabila merentasi suatu kala dalam Jadual Berkala, terdapat … Read more

Sifat kimia unsur Kumpulan 17

Unsur unsur kumpulan 17 ialah unsur-unsur bukan logam yang sangat reaktif. Unsur-unsur Kumpulan 17 mempunyai sifat kimia yang sama kerana mempunyai bilangan elektron valens yang sama, iaitu 7 elektron di petala terluar. Bagaimanapun, kereaktifan setiap unsur ini adalah berbeza. Semasa tindak balas kimia, atom unsur Kumpulan 17 akan menerima satu elektron untuk mencapai susunan elektron … Read more

Unsur-unsur Kumpulan 17

Unsur-unsur Kumpulan 17 dalam Jadual Berkala dikenali sebagai halogen. Ahli-ahli mengikut susunan ke bawah kumpulan ialah Florin (F), Klorin (Cl), Bromin (Br), lodin (I) dan Astatin (At). Halogen adalah unsur-unsur bukan logam. Molekul-molekul diikat secara kovalen dan tertarik antara satu sama lain oleh daya-daya antara molekul yang lemah. Sifat-sifat Fizik Unsur-unsur Kumpulan 17 Di bawah … Read more

Sifat-sifat Kimia Unsur-unsur Kumpulan 1

Semua atom dalam unsur-unsur Kumpulan 1 mengandungi 1 elektron di petala terluar masing­masing. Dalam tindaktindak balas kimia, elektron ini didermakan dan atom menjadi ion. M → M+ + e Disebabkan oleh kecenderungan yang kuat untuk menderma elektron tunggal itu, logam-logam alkali merupakan agen-agen penurun yang kuat. Kereaktifan logam-logam dan kekuatan mereka sebagai agen-agen penurun bertambah … Read more

Unsur-unsur Kumpulan 1

Unsur-unsur Kumpulan 1 dikenali sebagai logam alkali kerana unsur-unsur ini bertindak balas dengan air untuk membentuk larutan beralkali. Unsur-unsur kumpulan 1 mengikut susunan dari atas ke bawah ialah Litium, (Li), Natrium (Na), Kalium (K), Rubidium (Rb), Sesium (Cs), dan Fransium (Fr). Sifat-sifat Fizik Secara umumnya, unsur-unsur Kumpulan 1 menunjukkan sifat-sifat fizik yang serupa: Unsur-unsur kumpulan … Read more

Susunan Elektron dalam Atom

Konfigurasi elektron bagi sesuatu atom ialah suatu susunan elektron yang menunjukkan bagaimana elektron-elektron dalam satu atom unsur ditempatkan dalam petala-petala ( orbit-orbit ) yang mengelilingi nukleus. Atom terdiri daripada nukleus yang dikelilingi oleh elektron bercas negatif. Elektron-elektron ini bergerak dalam jalur tenaga tertentu yang dikenali sebagai petala elektron. Elektron-elektron bergerak mengelilingi nukleus seperti planet-planet bergerak mengelilingi Matahari dalam … Read more

Unsur-unsur Kumpulan 18

Unsur-unsur Kumpulan 18 dikenali sebapi gas adi atau gas nadir. Unsur-unsur Kumpulan 18 terdiri daripada helium, neon, argon, kripton, xenon dan radon. Sifat-sifat Fizik Unsur-unsur Kumpulan 18 Unsur-unsur Kumpulan 18 atau gas-gas adi mempunyai takat lebur dan takat didih yang rendah wujud sebagai gas tanpa warna pada suhu bilik adalah konduktor haba yang lemah tidak … Read more

Jadual Berkala Moden

Jadual di bawah menunjukkan Jadual Berkala Moden yang terdiri daripada 118 unsur yang berbeza. Dalam Jadual Berkala Moden, unsur-unsur disusun secara mengufuk mengikut tertib nomhor proton menaik. Nombor proton bertambah sebanyak satu unit dari kiri ke kanan kala dalam Jadual Berkala. Unsur-unsur dengan sifat-sifat kimia yang serupa termasuk ke dalam kumpulan yang sama. Sifat-sifat Jadual … Read more