Pengenalan Kepada Jadual Berkala

Untuk membolehkan pengkajian mengenai unsur-unsur dan sebatian-sebatian mereka menjadi lebih senang dan bersistem, berbagai-bagai jenis pengkelasan telah dibuat. Contohnya: Unsur-unsur dikelaskan kepada logam-logam dan bukan logam. Siri Elektrokimia menyusun logam-logam mengikut tertib kereaktifan. Jadual Berkala adalah pada asasnya suatu pengkelasan bagi semua unsur ke dalam kumpulan-kumpulan dengan sifat-sifat yang serupa. Dengan menyusun unsur-unsur dalam satu … Read more

Isotop

Walaupun bilangan proton dalam atom sesuatu unsur adalah tetap, tetapi kadang kala bilangan neutron mungkin berbeza. Atom-atom yang berbeza bagi unsur yang sama itu dipanggil isotop. Isotop sesuatu unsur adalah atom unsur tersebut yang mempunyai bilangan neutron yang berbeza tetapi bilangan protonnya adalah sama; iaitu nombor-nombor neutron berlainan tetapi nombor protonnya adalah sama. Isotop-isotop yang … Read more

Struktur Atom

Model Atom Yang Digunakan Sekarang Atom terdiri daripada dua bahagian: satu bahagian kecil di tengahnya dipanggil nukleus dan satu kawasan di sekelilingnya yang diduduki oleh elektron. Nukleus itu sangat kecil dibandingkan dengan saiz atomnya. Akan tetapi sebahagian besar jisim atom adalah tertumpu kepada nukleus yang kecil itu. Nukleus mengandungi dua zarah asas iaitu neutron dan … Read more

Sejarah Perkembangan Model Atom

John Dalton Jirim adalah terdiri daripada zarah­zarah yang kecil, yang tidak boleh di­pecahkan lagi dan dipanggil atom. Atom tidak boleh dicipta atau dimus­nahkan. Atom bagi sesuatu unsur tertentu ada­lah sama kesemuanya dan berbeza da­ripada atom bagi unsur lain. Perpaduan kimia berlaku antara atom dalam angka bilangan yang kecil. J.J. Thomson Pada tabun 1897, Joseph J. … Read more

Perubahan Keadaan Jirim

Keadaan fizik jirim suatu bahan boleh berubah apabila berlakunya perubahan suhu dan tekanan. Contohnya, air wujud sebagai ais (keadaan pepejal) pada suhu kurang daripada 0 °C pada tekanan 760 mmHg. Air (keadaan cecair) wujud pada suhu antara 0 °C dan 100 °C. Pada suhu lebih daripada 100 °C, stim (keadaan gas) terbentuk. Jirim menyerap tenaga … Read more

Tiga Keadaan Jirim

Teori Kinetik Jirim Teori kinetik dikemukakan untuk menerangkan dan menguraikan kelakuan gas, cecair dan juga pepejal. Mengikut teori kinetik jirim, semua jirim terdiri daripada zarah-zarah yang sentiasa bergerak. Zarah-zarah sentiasa berlanggara antara satu sama lain. Halaju dan tenaga kinetik zarah bergantung kepada suhunya. Jika suhu bertambah, zarah bergerak dengan le­ih cepat dan tenaga kinetik bertambah. … Read more

Jirim

Semua bahan terdiri daripada jirim. Jirim adalah bahan yang mempunyai jisim dan memenuhi ruang. Teori zarah jirim Jirim ialah sebarang benda yang mempunyai jisim dan memenuhi ruang. Semua benda di sekeliling kita sama ada benda hidup atau benda bukan hidup ialah jirim. Teori zarah jirim menyatakan bahawa jirim terdiri daripada zarah-zarah halus yang diskrit. Zarah-zarah … Read more

Kimia, Kerjaya Kimia dan Industri Kimia

Maksud Kimia Kimia merupakan suatu cabang sains yang mengkaji jirim. Ia mengkaji tentang komposisi, struktur, sifat, dan perubahan-perubahan yang berlaku apabila bahan-bahan yang berlainan berinteraksi antara satu sama lain. Interaksi antara bahan-bahan kimia membolehkan manusia mensintesis pelhagai bahan yang baru. Perkataan `kimia’ berasal daripada kajian purba dengan nama alchemy. Walau bagaimanapun, dalam Bahasa Malaysia, perkataan … Read more